Aku terdetik nak cipta post ni selepas aku sendiri mengalami kesukaran dalam melalui proses I-Sinar. Jujur, aku baru tahu program I-Sinar KWSP ni semalam (10 Januari 2021). Di kala selama ni orang berpusu-pusu mengeluarkan duit mereka dari KWSP dari Disember lepas aku je kot yang tak ambil kisah. Walhal ikutkan dalam Akaun 1 KWSP aku ada 5 angka kot lepas aku berhenti kerja 8 tahun yang lalu.
Akaun 2 aku tinggal RM 20 je sebab aku pernah keluarkan untuk bayar hutang PTPTN.
So back to the story, lepas aku dapat tahu semalam, aku terus google I-Sinar. Ok aku dikira KATEGORI 1 sebab aku dah tak kerja dan lama tak mencarum. So aku pun cuba nak login. Guess what, rupanya aku lupa nak kemaskini nombor telefon baru. So OTP untuk masuk I-Sinar tu dia pi hantar kat nombor lama. Since aku masih memegang simkad nombor lama, gigih aku masukkan semula dalam handphone cuba tengok kot OTP ada masuk. Tapi nan hado sebab dah lebih 5 bulan tak topup. Frust!
So langkah pertama aku buat untuk mohon I-Sinar, aku login I-Akaun. Nasib baik otak ni ingat lagi password. Fyi, User ID untuk I-Akaun nombor kad pengenalan ya. Alhamdulillah berjaya masuk I-Akaun, cuba edit profile. Rupanya tak boleh kemaskini nombor telefon dekat dalam I-Akaun KWSP. Nak tak nak kena pergi jugak tukar dekat KWSP. Tapi tak perlu pergi kaunter, boleh je tukar dekat kiosk KWSP.
Langkah kedua, pergilah KWSP. Bawak adik sebab confirm parking penuh so terpaksa double park, dia tunggu dalam kereta. Kot kereta nak keluar,dia boleh tolong alihkan. Disebabkan pandemik COVID-19, tak boleh suka hati masuk macam dulu. Kena beratur luar KWSP amik nombor giliran, cek suhu semua. Dahla gerimis time tu, tabah jela berdiri tunggu giliran. Nasib aku baik sebab ramai ambush kaunter dari kiosk. So diri tak sampai 5 minit dapat masuk pi kiosk.
Dekat kiosk KWSP dah standby sorang staf KWSP untuk tolong. Aku cakap kat dia, aku nak kemaskini nombor baru je since aku dah ada I-Akaun. So masuk IC, letak cap ibu jari kat mesin,key in nombor telefon baru dah siap!
Then balik jangan terus cuba login I-Sinar ya. Kena tunggu 24 jam sekurang-kurangnya untuk dia update dalam sistem. Sebab masa aku balik terus login, tak berjaya masuk ya. So esoknya lepas 24jam, aku cuba login. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, masukkan IC dan nombor telefon baru, dia terus cakap OTP dah dihantar ke nombor baru. Alhamdulillah.
Lepas masukkan OTP, terus berjaya masuk I-Sinar, dan terus buat permohonan pengeluaran. Dapat masuk I-Sinar pun dah bersyukur rasa. Apatah lagi kalau lulus. Harap lulus hendakNya
So pada yang masih nak mohon I-Sinar, jangan giveup. Hati kena tenang insya Allah baru urusan mudah dan rezeki datang. Aku ni pun 3 hari dok mikir tau. Asyik dok nengok netizen hentam kat komen page FB KWSP. Tak keruan mikir dapat ke? Tapi kena yakin. Insya Allah.
Sekian perkongsian dari aku. Harap membantu :)