Monday, January 24, 2011

Baru Sekarang Aku Kenal Maher Zain

Macam pelik pulak tiba-tiba aku buat entri pasal Maher Zain kan?
yela bagi orang lain nama Maher Zain ni dah lama bermain-main kat bibir-bibir dorang,
aku rasa dah naik basi dah...

ko tengok? Datuk Siti pun kalah tau..ekeke ;p

tapi bagi aku? ya aku harus akui baru sekarang Maher Zain aku sebut-sebut..
bagi aku dia masih freshie..wahhh,macam tu pulak..
Sebab apa aku cakap camtu?
Sebab dulu aku bongkak weh, tak pernah amek tau sapa Maher Zain..
Masa tu punya lah jahil aku tanya, dia tu sapa? adik menteri Obama ke?
sedap ke lagu dia? boringg je dengar..haa tu lah bila orang jahil kalo bercakap.
orang LIKE dia kat facebook, aku pun turut serta mengeLIKE, 
sedangkan aku tak kenal sapa dia..yang aku tau dia penyanyi nyanyi lagu berunsur keagamaan..
n bagi aku lagu dia, suara dia...biasa-biasa je..
ish ish ish,sumpah teruk betul aku ni..
nampak macam aku bukak pekung di dada, tapi tak apalah blog aku..
hanya orang yang baca je tau yang aku teruk..hehe,kan3???

 kalo dia buat show kat Malaysia lagi, konpem aku pergi!

Tapi tulah,orang kata ada hikmah praktikal dekat tempat-tempat yang kira bagus ni..
sedikit sebanyak membantu aku kenal sapa Maher Zain,kah3!!!
tak-tak, aku tipu..aku start suka Maher Zain pun lepas aku terbukak lagu dia kat fullmusik.co awal bulan ni,
time tuh kira macam terima hidayahlah..ececeh, terbukak pintu hati ni n telinga untuk dengar n hayati lagu dia..
sumpah sedap! suara dia pun sedap!
kenapalah aku dulu boleh buat derk dengan semua ni???
(nampak sangat aku katak bawah kelambu!)

 lagu dia semua best! erk apa? korang da lama tao? 
oh ok..aku baru tau lagu dia semua best..hmm ;p

ko tengok akibat dia sekarang? 
BARU SEKARANG aku nak terhegeh-hegeh download segala lagu dia,
BARU SEKARANG baru terhegeh-hegeh nak beli album dia nak pasang dalam keta mak aku,
BARU SEKARANG aku nak google segala-gala tentang dia,
BARU SEKARANG aku nak cerita pasal dia,
dan lagi teruk bilaa....
BARU SEKARANG aku nak pasang lagu dia kat blog aku!!! haih,teruk-teruk..

siapa suka Maher Zain?
angkat tangan!!!hehe...
adios!


p/s: lagu yang aku pasang kat blog ni memang aku suke..OPEN YOUR EYES :)

3 comments:

nazatul said...

sye nk angkat tgn sbb sye minat maher zain...lgu die yg pling sye mintis open your eyes

Dosh Saleem said...

maher zain besh na lagu2 die.hahak!

cik arnab said...

cik arnab pun sgt addicted dgr lagu maher zain.. hihih.. touching giler suara dia, menusuk kalbu.. suka dgr lagu2 dia bila time2 sedih.. n paling suka lagu always be there.. syaza pun minat maher zain?

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com