Sunday, January 16, 2011

T0P SECRET (4) : Perempuan VS Hijab

Soalan lazim aku tanya dekat u alls2 nih :
adakah u alls tau peribadi u alls di sebalik hijab yang u alls pakai tuh???
meh kita check2..tapi haip-haip!!! jangan percaya 100% ya adik-adik, kakak-kakak sekalian ;)

1. Tudung Segi Empat Biasa
- Di kategorikan sebagai wanita yang agak takut dalam menceburkan diri dalam sesuatu bidang yang baru.  Seperti memahami kelemahan diri, si pemakai tudung jenis ini sangat merendah diri. Namun di sebalik kerendahan diri yang ada pada diri, terselit kecemburuan positif di dalam diri terutama pada teman sekeliling yang lebih hebat. Boleh diberi pujian kerana they all juga mempunyai semangat yang tinggi dalam menutupi kelemahan diri dan membuat satu pembaharuan dalam diri they all.

2. Selendang
- Pemakai tudung jenis ini adalah wanita yang 'lasak', kerana struktur selendang yang ringan membebaskan mereka yang suka bergerak tapi dalam masa yang sama suka bergaya.  Wanita jenis ini cenderung kepada sumbangan buah fikiran yang lebih kreatif dan inovatif. They all juga tak kisah jika ada di antara sekeliling mereka sakit hati or kurang senang dengan sifat they all. Syabas beteh!

3. Tudung Express Gaya Ekin
-  They all jenis suka melaksanakan sesuatu kerja dengan cepat dan  pantas sebab itu tudung jenis ni menjadi pilihan. Even they all suka kerja yang they all lakukan itu cepat dan pantas, tapi they all sangat mementingkan kekemasan diri.  Namun ada setengahnya mempunyai sifat pemalas dan tidak mementingkan personaliti diri sendiri kerana strukturnya yang senang disarung.  Bagaimanapun, pada am nya, si pemakai tudung jenis ini mempunyai sifat budi pekerti dan lemah lembut.

3. Tudung Syria
- Sifatnya seperti si pemakai selendang 'combined'  si pemakai tudung ekspres ekin.  Si pemakai tudung jenis ini agak 'lasak' namun mempunyai ciri-ciri yang masih di kategorikan sebagai feminin.Mementingkan penampilan dan atitude diri.

p/s: PERCAYA BOLEH, TAPI JANGAN TERLALU TAKSUB ya.. :)

3 comments:

Farihah Ahmad said...

entry bagusss!!!

~syuQ said...

suma jenis tdung syuq pakai..ahaks!
cemane tuh haha

yua said...

yua pon sma dgn syuQ.. hu8..
so kitorg punya psonaliti ni kira mix r.. hehe =)

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com