Friday, June 17, 2011

Alhamdulillah... Berkat Hari Jumaat

Sebenarnya aku mempunyai perasaan yang sangat malas nak update entri sejak akhir-akhir ni.
Nak-nak time malam Sabtu camni, Imam Muda tu weh..episod kali ni best tau, pasal kematian.
Tapi nak wat channor, mama den n adik den dah berio bonar nengok Mari Menari dekek Astro Ria, so aku dengan perasaan hampa masuk dalam bilik ngadap laptop jelah jawabnya.
Plus, aku update ni sebab nak share benda baik yang berlaku di hari yang baik hari ini.
Bak kata babah, 
"manusia, tulah dia..benda baik pasal orang lain tak mau cakap, kalo pasal kejahatan orang bukan main lagi"
baiklah babah, along bagitau benda baik ni pada semua orang ya.. 
ceh macam aku pulak yang sentap dengan statement babah tu kan..
apa-apa pun, Happy Father's Day babah ;)

Benda baik pertama berlaku pada tengah hari Jumaat di kala umat Islam kaum Adam lagi sedang khusyuk dengar khutbah di masjid, aku dapat panggilan dari tempat temuduga yang aku pergi Selasa lepas.
Sila amati dan perhatikan betul-betul situasi gambarajah di bawah.
Faham tak? aku rasa gambar di atas dah beri gambaran yang jelas tentang benda baik tu.
So selepas dapat call tadi, aku terus mintak berhenti jadi penanam anggur.
Mama dah tak perlu risau tentang bajet persiapan raya aku lagi..ngohoho!

Dalam masa yang sama, aku dapat surat dari Uitm Shah Alam.
Dapat tawaran sambung degree dalam Office Health? oh bukannn..
ni panggilan temuduga Peg. Eksekutif Kontrak hujung bulan ni. oh okay.. ;) 
tak mengharapkan apa-apa, hanya pergi sahaja.

Tapi yang dapat sekarang ni, fokus dulu,jangan tamak haloba okay Syaza?
Kumpul pengalaman cukup-cukup.. Mungkin lepas ni boleh bina jenama kosmetik sendiri dan jadi Beauty Consultant yang berjaya?
Gambar atas dah ada gaya dah..huekhuekhuekkkk!!!!
Oh tidakkk..aku masih waras, aku tau tak cukup cantik untuk terjah ke bidang itu.

sekian saya yang melaporkan setelah seminggu tak update blog,
adios!

9 comments:

Azmira Yusof said...

Rindu kamu .. so kamu smbbung ke ?

Farihah Ahmad said...

weeeeee gud luck!



*ekau ngado bonar nak kato xcukup cantik bagai yo?

ShErA said...

wah.. banyaknya perkara menarik berlaku.. apapun, all the best ye...

sYafIk-wAy said...

buatlah pilihan yang tepat .

anda mampu merubah hidup anda .

cewahh ! ..
haha

RevVING NOTES said...

Tahniah, dan selamat menempuh alam pekerjaan!

Fane Davis said...

congrats ya!!berita mesti paling baik punyer...

SWEETSYAZA said...

tq guyss.. :) emuahhh!!

alinac lover said...

tahniah

kwazm said...

aku turun melaka boleh ler enko banje aku asm podeh,huhuhuh

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com