Saturday, July 9, 2011

Cantik Dari Dapur :)

Fuhh-fuhh!!! Gigih tau balik-balik kenduri kawen dari rumah Kak Siti ex-staff Pusat Zakat Melaka je tadi terus buat entri nih dengan makeup masih belum di bersihkan. Tengok jelah gambar atas ni, main tangkap guna webcam je nih tadi.
Haish,memang berpotensi besarlah lepas nih cik abang jerawat berbadan sasa datang mai usha pipi aku dalam dua tiga hari lagi nih. Redha jelah. =="
Ok ingat tak entri yang kepala aku dok risau mikir camna nak atasi masalah kulit muka aku yang kusam tuh? Kalau rasa-rasa minda dah lama tak makan kismis, tak apa. Boleh klik sini

Di sebabkan time tu jerawat timbul seketul plus aku ni memang jenis tak rela bila jerawat aku yang hidup subur ditenyeh kasar habis-habisan,
maka aku amek keputusan yang bijak buat ala-ala facial dekat rumah jelah..
Bahan-bahan senang je, semua ada kat dapur. Cuma guna kepandaian otak je pikir macam mana nak amek senyap-senyap bahan-bahan tu, kasik mak tak tahu hidden agenda korang sekalik gus agar korang tak kena marah nanti.

  • Tomato
  • Telur 
  • Beras Hancur 
  • Teh/Serbuk teh
So, adik-adik, akak-akak, mari dekat mari dekat tengok cara aku guna bebahan nih. 
Sebenarnya benda ni simple mimple je, n aku rasa kalau korang google, kompem-kompem 99.99% keluar result sebijik cam kat bawah nih.
    Tomato 

    Cara : Belah tomato kepada dua. Sebelah keluarkan isi dia, pupurkan isi dan biji tomato di muka selama 1jam sehingga kering, kemudian cuci muka dengan air suam.
    Cadangan lain : Boleh gaulkan isi tomato dengan putih telur atau susu tepung
    Kesan : Bagus untuk haluskan dan bersihkan kulit, penawar kepada masalah jerawat dan buat wajah lebih cerah dan berseri.
    Harga : RM 1.50 je untuk dua minggu, dapatlah dalam 7-8 biji camtu.

    Telur

    Cara : Asingkan putih telur dan kuning telur. Kacau putih telur sampai sebati. Putih telur tu aku amek sikit je sebab tepek kat muka, biarkan selama 30 minit terus cuci. Lain, aku letak putih telur dekat tempat yang ada white/blackhead, selalunya hidunglah. Letak tisu tunggu sampai kering pastu terus tarik, memang nampak kesan white head kat situ.
    Cadangan lain : Putih telur boleh di gaulkan dengan isi tomato dan di jadikan masker muka.
    Kesan : Bagus untuk menengangkan kulit muka di samping buat kulit halus mulus bak sutera,ewah!
    Harga : Beli jelah telur LTK 10 biji RM 6.50 tu.. ;p

    Beras

    Cara : Goreng beras atas kuali sampai keperangan. Kemudian blend kering sampai hancur beras tu. Pastu gaulkan beras dengan air limau nipis/limau sambal, madu dan satu sudu teh air kunyit. Pupur dekat muka selama 1jam. Kemudian cuci dengan air basuhan beras.
    Cadangan lain : Beras yang digoreng dan diblend tu pun boleh digunakan sebagai skrub muka dan badan. Selalu aku buat stok beras hancur ni banyak sebab nak skrub badan.
    Kesan : Menaikkan seri wajah, mencerahkan kulit, menjadikan kulit halus dan lembut.

    Teh/Serbuk Teh

    Cara : Rendam uncang teh dalam gelas berisi air. Simpan dalam fridge, esok pagi keluarkang gelas yang berisi air yang sudah di rendam dengan teh tu. Sambil berselawat, pupur air rendaman teh tu ke muka. Biarkan ia mengering selama 15 minit. Kemudian cuci.
    Cadangan lain : Serbuk teh yang dah di rendam tu pun boleh di guna sebagai pencuci muka. Atau, serbuk teh tu boleh di pupur atas muka.
    Kesan : Sangat bagus untuk menaikkan seri wajah, memerahkan muka.


    Setakat ni, itu sahajalah petua yang aku selalu guna sekarang ni. So far, alhamdulillah..
    Aku rajin buat time pagi-pagi, atau malam sebelum tidur.
    Murah, jimat dan yang penting tak perlu bazir tenaga.
    kalau rasa tak nak cantik tapi nak sweet-sweet je muka tu, cubalah..
    Tapi kalau korang jenis nak muka cepat cantik tak nak sweet-sweet kejadah ni, tak apa..pergi jelah buat normal facial sana time weekend,
    tak mahal..sembilan belas hingget sembilan posen je :D


    Sekian saya yang melaporkan
    adios!


    12 comments:

    Azmira Yusof said...

    ni rahsia rupa awak cute ! heheh

    kwazm said...

    rjn nau updte blog =)

    SWEETSYAZA said...

    azmira : hallamakkhaiii..tadelahhh. tak cute. cute mendee...huhu

    kwazm : time tgh rjn ni, updte..kalo tak harrrammmmmm

    kaizen said...

    nice!!! xnk join ke

    http://mhs-kaizen.blogspot.com/2011/07/promot-blog-secara-percuma.html

    AinsHa=( said...

    hoho.. bleh try ni.. mka adik berminyak.. agak2 lau pki mnyak masak hilang tak? huhu

    Farhana Basri said...

    patut la muka syaza cantik.. ;)

    wunny said...

    wah! kne try jgk ni:):)

    Nysa Blurp ! said...

    Muka yg cute mesti byak petua :)

    HARITH ISKANDAR said...

    ok le tu..xpe laa.tu pon dh kire comel sgt2 dh tu pon..hehe :p

    SWEETSYAZA said...

    kaizen : jap lg kita komen ea...

    ainsha : wkakakaka..boleh2.... ;p

    farhana : hadooiii..mana cantik mehhh... sweet je... ;p

    wunny : try2, jgn ta try :)

    nysa : erkk tadelah. ta kiut punn..sweet je..

    harith : hahaha... tak delah biasa shj :)

    kaizen said...

    mekasih....

    ~syue syada~ said...

    nak try lah.. mesti emak plik syada msuk dpur senyap2..hkhik ^^

    Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
    Design by Azhafizah.Com