Friday, July 22, 2011

T0P SECRET (7) : Kelebihan Surah Dalam Seminggu

 Hari Jumaat yang lepas aku dok hebah pasal surah-surah yang menjadi amalan hariankan?
So Jumaat barakah kali ni, nak kasik tau apa kelebihan surah-surah tersebut jika dibaca sebagai amalan harian.
Moh ler kita check,checkk,checkk it out!!! *dah ghoper beruk rapping dah aku ni ;p

Surah Al-Mulk

Rasulullah S.A.W pernah bersabda:
"Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir."
 Saiyidina 'Abdullah bin Abbas pernah berkata:  
"Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."

Surah Al-Waqi'ah

Sabda Rasulullah S.A.W :

“Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Surah Ar-Rahmaan

Sabda Rasulullah S.A.W :
“Barangsiapa yang membaca surat Ar-Rahman, Allah akan menyayangi kelemahannya dan meridhai nikmat yang dikaruniakan padanya.”
Surah Al-Insan

Untuk surah ini, kurang pasti fadilatnya. Hadis untuk surah ini pun susah nak di cari sebab ketiadaan tafsir Al-Quran. Tetapi berdasarkan pengetahuan umum, surah ini menjadi orang yang pemurah, bersyukur dan baik penghidupannya.

Surah Yassin

Rasulullah S.A.W bersabda:
"Sesiapa yng membaca surah Yasin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi".
"Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali"

Jadi itu antara sedikit kelebihan atau fadilat surah-surah yang dibaca sebagai amalan harian kita.
If sesiapa dapat tahu fadilat surah Al-Insan, sharing-sharinglah dekat commentbox ok.

adios!



10 comments:

ShErA said...

setiap ayat al - quran ada fadilatnya... cuma terpulang pada diri kita nak amalkannya atau tidak... kalau tak biasa tapi sentiasa diamalkan, lama - lama pasti akan biasa kan... :)

GaDis BuTtErFLy said...

tq kongsi.. nk try amal la... ceria2 selalu... :)

Farihah Ahmad said...

now, sapa ckp blogging tu buang masa kan ;)

Thalut said...

tp kena selalu ade yg membaca dan dibacakan... barulah dinamakn Iqra'... trima kasih

CIK CHIPSMORE said...

sangt berguna ilmu2 pengetahuan dlm entry ini..thanks yer share

Anisa Liyana said...

terima kasih kak syaza, kongsikan info nie, sgt bermanfaat :))

miss fatihah said...

abah pun psn amalkan almulk dengan surah sejadah

Siti Arfah said...

Perkongsian yg amt menarik. Alhamdulillah. :)

zuwaidah said...

terima kasih tuan punya blog yang sudi kongsi ilmu yang amat berguna utk kita semua.

SWEETSYAZA said...

thanx semua sebb komen.
if anyone tau apa fadilat surah al insaan jgn lupa sharing2 sini ya...
butuh sgt ni..

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com