Monday, August 1, 2011

Last Entry : Marhaban Ya Ramadhan


"Kehadirannya dirai, pemergiannya ditangisi, ketiadaanya dirindui.
Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi.. datang bersama jutaan hikmah dan fadilat.
Begitu hebatnya Ramadhan kerana menyejukkan hati dan membuka taubat buat semua insan serta mendekatkan diri dengan Allah penuh keikhlasan.

Di sebabkan kehebatannyalah aku pilih 1Ramadhan sebagai hari terakhir aku di dunia blogger ini.
Tak tahu buat berapa lama, tapi yang pasti aku akan kembali. Kembali dengan kebenaran.
Kepada manusia yang cuba membuat onar dalam blog ini dengan kata-kata yang sangat menyakiti hati,
sempena Ramadhan ini, aku sebagai hamba Allah yang hina lagi lemah ini hanya mampu memaafkan dan berharap agar Allah membuka pintu hati anda satu hari nanti untuk menjadi hambaNya yang matang, soleh/solehah.

Kepada rakan-rakan blogger yang dikasihi, terima kasih sebab sudi datang ke blog yang tak seberapa ini.
Terima kasih atas pertolongan, bimbingan, teguran yang di beri.
Tanpa anda mungkin aku tak akan berdiri seteguh ini.
Sempena Ramadhan Al Mubarak ini, maaf jika selama ini penulisan aku banyak mengguris hati banyak pihak, kerana ini blog aku, aku tulis berdasarkan apa yang aku rasa."

Haish aku ni, macam apa entah! nak sedih-sedih..ngohoho.
apa-apa pun, aku masih akan kembali dengan blog yang sama, url yang sama, warna tema yang sama..tak ada lain pun,hehehe.
aku tak stop blogging, cuma Ramadhan kali ini memang betul-betul datang jenguk tepat pada masanya 
dikala aku hambaNya yang lagi tengah ada masalah memerlukan untuk menenangkan diri dan lebih mendekatkan diri kepadaNya yang satu.

tak bestlahkan tengah ada masalah nak tulis blog, 
korang pun mesti nyampah baca asyiklah label EMOSI je memanjangkannn... :') 
last but not least..ewah!!

"Salam Ramadhan Al Mubarak dan Selamat Berpuasa :')"
jugaa!!! "Selamat Menyambut Hari Lebaran"
takot tak sempat nak cakap kat sini, maklumlah orang pi merantau mencari ketenangan. ngehehe!

adios!!!


p/s: pasni tak salah aku, ada satu dua entri auto publish, aku kan baik nak share2 ilmu ;p
p/s2 : hasil coklat affiliate, hari ini 1 Ramadhan, aku dah dapat bayaran sebanyak RM49. nak tunjuk bukti, tp kang org ckp aku berlagak pulak..tak baik, tak baik ;p





8 comments:

Liyana Aziz said...

sabar ek, jangan sedih2...tabah hadapi dugaan... selamat berpuasa dear...

Farihah Ahmad said...

ermmmmmmm i'll be missing uuuuuuuuu!!!!

rafiq zain said...

oh pertama kali follow n komen ;) btw nice blog.

SWEETSYAZA said...

@liyana aziz : tq dear.. awak baik :)

@cengkih : kita pun nanti rindu awk gakk.. tape twitter ada :)

@rafiq : tq, kita dah follow anda blk :)

Hans said...

selamat berpuasa,berbuka,bertarawih dan bersahur
:-)

zuwaidah said...

semoga ramadan kali ni memberi berkah kepada kita semua.

aleen aiden said...

hu3,jgn sedey2 k.tuhan menguji hambaNya yg dsayangi.itu tanda Allah ingat pada kita.semoga semuanya bejalan lancar untuk kamoo.selamat berpuasa! ^_*

SWEETSYAZA said...

@hans : selamat-selamat :)

@zuwaidah : insya Allah kak :)

@aleen aiden : tq dear.... dah habis puasa pun... huhu. no i more calm coz of my friend's supports! tq.. :)

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com