Monday, August 15, 2011

T0P SECRET (8) : Kelebihan Ramadhan

Amaran : Ini entri auto publish yang dikendalikan ketika publish last entry.

Sempena Ramadhan Al Mubarak lagi mulia ini, T0P SECRET kali ini nak share tentang kelebihan Ramadhan.
Seperti yang kita tahu, bulan Ramadhan sememangnya banyak fadilat dan kelebihannya,
tapi di sini share mana yang mampu sahaja :') semoga ia sedikit sebanyak memberi pengetahuan kepada yang membaca.

1. Dibuka Pintu Syurga, Ditutup Pintu Neraka Dan Dibelenggu Syaitan

- Apabila tiba Ramadhan:
i. dibuka pintu-pintu syurga
ii. dibuka pintu-pintu Ar-Rahmah
iii. dibuka pintu-pintu langit
iv. dan ditutup pintu-pintu neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu.

2. Memperoleh Kebaikan Apabila Bersegera Berbuka Puasa

3. Memasuki Syurga Melalui Pintu Ar-Rayyan

- Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada hari qiyamat kelak. Tidak masuk bersama mereka seorangpun selain mereka.

“Di manakah orang yang berpuasa?” Maka mereka pun masuk melaluinya (pintu Ar-Rayyan). Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, ditutup (pintu itu) maka tiada lagi orang lain yang akan memasukinya. [Muslim/1947] [Bukhari/1763]

4. Diampunkan Dosa Lampau

- Sesiapa yang mendirikan (solat malam) pada Ramadhan dengan keimanan dan mengharapkan keredhaan, diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu.

- Sesiapa yang berpuasa pada Ramadhan dengan keimanan dan mengharapkan keredhaan, diampunkan baginya segala dosanya yang telah lalu [Muslim/1268] dan sesiapa yang mendirikan (solat malam) pada Lailatu l-Qadr dengan keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu.

5. Adanya Malam Lailatul Qadr

- Lailatu l-Qadr lebih baik daripada 1000 bulan
a) 7 malam terakhir
b) 10 malam terakhir
c) malam 27

6. Ganjaran `Umrah Pada Bulan Ramadhan

- Apabila tiba Ramadhan maka kerjakanlah `umrah kerana mengerjakan `umrah padanya (bulan Ramadhan) sama dengan (ganjaran) mengerjakan haji atau mengerjakan haji bersama-sama aku (Rasulullah)

7. Sebagai Pelindung

8. Bau Mulut Orang Berpuasa Lebih Harum

Dan demi diriku (Muhammad) yang di Tangan-Nya, sememangnya bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi Allah Ta`ala (pada hari Qiyamat) dari bau al-misk (minyak wangi).

9. Ganjaran Berpuasa Dibalas Khas Oleh Allah

Setiap amalan umat Islam adalah baginya kecuali puasa, ia (puasa) adalah untuk Allah, dan Allah yang akan memberi ganjaran akannya.  Seperti firman Allah S.W.T:

Dia (orang yang berpuasa) meninggalkan makanannya dan minumannya dan syahwatnya untuk Aku, puasa buat-Ku dan Aku yang akan mengurniakan ganjaran buatnya berserta kebaikan dengan sepuluh (ganda) yang seumpama dengannya.

10. Mendapat Dua Kegembiraan

- Dua kegembiraan yang dia bergembira dengan kedua-duanya: apabila dia berbuka puasa dia bergembira (dengan iftarnya) dan apabila dia berjumpa dengan Tuhannya dia bergembira dengan puasanya.

11. Dijarakkan Wajahnya Dari Neraka

- Tidaklah seseorang hamba berpuasa pada suatu hari di jalan Allah (sabiliLlah), melainkan kerananya Allah menjarakkan pada hari itu wajahnya dari neraka sejauh 70 musim luruh.

semoga Ramadhan kali ini jauh lebih baik dari sebelum ini serta memberi 1001 makna, keinsafan, keberkatan, kenikmatan dalam beribadah kerana Allah S.W.T , insya Allah :)



p/s: esok lapor diri di UiTM Shah Alam. Alhamdulillah, temuduga sebagai Pegawai Eksekutif hari tu selama dua hari berjaya. semoga Allah memberi kekuatan pada diriku untuk mengharungi dugaan dan cabaran sepanjang bekerja di sana :')


4 comments:

Farihah Ahmad said...

rugi sapa yg x ambik ksmpatan bulan ni betul2.



and, good luck dear :)

nub said...

rugi siapa yang kelepasan

SWEETSYAZA said...

@farihah ahmad a.k.a cengkihkali : tq dear...

SWEETSYAZA said...

@nub : yup-yup setuju bangettt... :)

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com