Saturday, September 10, 2011

Part 3 (Final) : Come Back Di Bulan Syawal - Nostalgia Aidilfitri 2011

 Seriously, raya tahun ni raya paling sadis buat gadis yang berusia 21 tahun macam aku nih. Mood raya aku dapat bertahan selama seminggu je. Lepas tu, terus zupzupzup! hilang.. Aku tak tahu kenapa, mungkin sebab mood aku hilang pasal terlalu kecewa duit raya tahun ni merundum jatuh ke, atau mood aku hilang sebab aku kena kerja lepas raya kee. Kau pasanglah lagu raya apa jenis sekalik pun, kuat mana sekalik pun, tak pun kau pasanglah lampu kelip kelapp bagai nak rak camner skalik pun, aku tetap takda mood raya selagi aku tak dapat tukar kojer kat Melaka. Hahaha, melampau! *dah nampak sebab utama mood hilang nih*

Tak-tak aku tipu, ehh aku gumbira sesenang hati jantung tau dapat Shah Alam, sampaikan gembira aku ni kalau ada kosong kat Melaka, terus aku nak mintak tukar..hahaha! =.="

K la, k la aku ni bughok nau tauu, suka larik topik. Kalo larik-larik anak ayam takper, ni larik-larik anak kerang. Jauh sangat dah tu. entri ni sebenarnya ditujukan buat aku. Yela tadi dah dok ngadu-ngadu mood raya hilang, meh la aku nak kembalikan semangat hari raya hari bahagia pada diri sendiri. Baik aku kan? Selalu aku publish entri, ditujukan khas untuk si polan itu, si polan ini, si polan sana. Tapi hari ini, buat pertama kali entri ni khas untuk diri sendirik! sobss, sobbss..sumpah terharu! :'D

Jadi mari kawan-kawan kita kumpul dan makan saki baki habuk-habuk kuih raya, di samping pasang lagu raya berjudul 'Pakcikku Kahwin Lagi di Pagi Raya' yang didendangkan oleh retis ternama bernama tutttt!!! sambil lelayan gambau-gambau time Aidilfitri dalam entri kali ni..

Yebba locka! Time ni kat rumah atok belah babah. Ni lah famili shayer.. babah mama, adik mia, Iwan.
Oh bukan salah aku memakai bedak setebal 10 inci, tapi salahkan kamera yang ada flash, huekhuek!

Ni  lah atok dan nenek kita.. comelkan dorang? Walaupun usia senja tapi masih romantik tau..
Tak tengok dorang gaduh lagi, lagi macam budak-budak. Depan cucu-cucu pun tak kisah :')

Ni sepupu-sepupukuh sayangss. Sesi bergambar sepupu-sepupu yang tak kawen lagi :')
Dorang ni nampak je cam gini, cerr kalau soh posing sedasss...??
Kan aku dah cakappp... hamekkkk kau, bukan sedas, berdas-das depa bagi kat hampa :D

Selepas bergambar, sesi melayan dan melihat keletah anak kecil menjadi satu kewajiban, hoho.

Biasalah lepas raya, mentekedarah lelebih lagi-lagi tangg daging masak korma' nak-nak penangan air tangan TokBah, membuatkan anak-anak dan cucu-cucu berasa risau jika terkena penyakit darah tinggi.
Untung aja sepupu sorang nih pakar bab-bab cek darah, kau tengok? dia siap provide air ECPI lagi.
Kau ada??? :)

Malamnya menjadi kewajiban pada famili aku sementara kitorang masih berada di rumah kedua kami di Muar untuk panggil budak-budak muda datang Marhaban. Dan menjadi kewajiban buat adik beradik menyalahgunakan cermin rumah sebagai port tangkap gambar :"D

Dan bagi mereka juga sementara tunggu kumpulan Marahaban datang.. :'D


Aku rasa cukup ea setakat ni aku publish gambar-gambar Aidilfitri 2011. Cukuplah buat penghilang rindu time aku merantau luar dari Melaka, ececeh!  Kalau panjang umur, ada rezeki kita publish raya haji pulekkk.. huekhuekhuekk ;p

Jadi, kawan-kawan doa-doakanlah aku semoga dipermudahkan segala urusan sepanjang aku menjawat jawatan pegawai eksekutif kat sini dan dimurahkan rezeki agar dapat tukar kat Melaka soon *tak habis-habis!* :")

adios!




1 comment:

Farhana Basri said...

selamat hari raya syaza :)

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com