Saturday, October 29, 2011

Beauty n Style Review : Guardian Face Mask

Siapa pernah pakai facemask?? Oh mengantuknya, sebab soalan tak memberansangkan minda betul. Kali ni aku tak tahu kenapa aku nak share-share pasal produk yang aku rasakan bagus walaupun aku sebenarnya tak delah bagus sangat dalam mereview-review produk ni. Sapa tahu kott depa nak bagi produk free-free dekat aku..euww? kau bajet kau retis? :")

So hari ni aku nak review pasal Guardian punya face masklah daaa... Ya aku tahu korang tak pandang jenama ni time masuk Guardian, pasal Oslee, SimplySiti, Neutrogena, Nivea, Garnier, blablablaa punya jenama masker telah terlebih dahulu menambat jantung dan hati engkorang tuh. Tapi pasal aku nih jenis rendah diri tak pandang brand, ececehh.. jenama Guardian lah aku nampak dulu time memula aku masuk farmasi ni. Nama pun masuk farmasi Guardian..hallamakkhaii kau nih haruslah aku pandang perkataan Guardian dulu.. :D


Pilihan aku Green Tea Face Mask. Sebab apa saya suka Green Tea Face Mask? sebab dia bestttt...tehehe! Yup seriously best. Sebab dia provide Vitamin C sekalik gus mencerahkan kulit yang tak berapa nak cerah. 

Selalu aku guna lepas cuci muka time malam. Sementara cuci muka, aku letak facemask tu dalam fridge kasik muka ni sejukk sikit bila kita wearing it. Agak-agak dah 15minit pakai, bukak and boleh nampak effect dia lepas pakai. Macam aku pakai greentea, nampaklah cerah sikit muka ni macam kena sinaran An-Nur gitu :P 

Facemask ni kita boleh jimat. Kalau nak jimat, pakai mask tu hanya untuk 15minit sahaja., so boleh pakai 2x. Tapi kalau jenis banyak duit tak reti nak simpan, boleh pakai sampai lendalir dekat mask tu kering. Dah kering, pe lagi gi buang dalam tongsampah sana! :D

Tell u what, now Guardian buat promo sampai end of this month (October) tau. Selalu beli 1pcs dalam lima hengget lebih camtu kan, now beli 3pcs boleh dapat harga below RM10 i tell you. Hari tu aku beli 2 perisa green tea, 1 lavender. Euww? perisa?bhaha, hentam sajalah labuuu....


So apa lagi, jom pi Guardian and grab it now!
adios!



3 comments:

ShErA said...

tak pernah pakai facemask.. mcm best je bunyinya

yua said...

kite pakai bedak sejuk pasar mlm je T__T

Farihah Ahmad said...

next project, review sal sendayu tinggi punya masker pulak tau! yg ala skrub tu. best kot.

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com