Thursday, October 6, 2011

Dia Pentipu, Saya Geben (!)


Dia kata dia nak sehidup sepengsan dengan saya sepanjang saya menjalani kehidupan baru di Shah Alam, tapi dia tipu!!! Dia mungkir janji, saya yang sakit hati! Jumaat lepas kami balik bersama dengan riang ria raya ke Melaka dan pada hari Ahad petang saya fikir dia ikut saya pulang ke Shah Alam, tapi rupa-rupanya dia lagi bersenang lenang di rumah saya di Bandar Melaka. Oh, ternyata dia dengar cerita yang saya khabarkan kepada mama berkenaan saya tidak pulang ke Melaka pada hujung minggu ini, jadi dia mengambil keputusan untuk senyap-senyap stay di Melaka tanpa memberitahu saya. Hati saya sangat sakit macam kena cirit birit kerana saya sangat memerlukan dia pada ketika ini. GEBEN saya terhadap dia meluap-luap seperti gunung Jerai yang mengeluarkan cecair panas atau dipanggil larva. Oh gunung Jerai bukan gunung berapi? Hmm mana lah saya tahu, saya bukan orang Kedah -.-" Tapi yang penting saya sangat GEBEN dengan dia!



"Camera memory card! Siap kauu bila aku balik Melaka lagi dua minggu lagi! Sampai hati tak ikut aku balik!"



Sudahlah si cantik kak NurulAinAbdSalam mahu datang jenguk saya di tempat kerja saya, dengan membawa pelbagai koleksi begtangan yg sangat gojes pada besok tengahari, sudah tentulah saya mahu mengabadikan kenangan bersama beliau. Oh dia mahu bagi handbag free pada saya tau, sila timbulkan perasaan jeles lagi penuh hasad dengki dalam diri masing-masing,thehehe. Hmm, ni yang membuatkan saya rasa macam nak suruh mama saya yang pandai masak atau babah saya yang hensem  yang berada di Melaka poslaju kan sahaja kamera memory card itu. Biar memori kad tu rasa apa yang saya rasa! Isk, kesian saya kan...


geram + benci = GEBEN!
adios!


p/s: jadi gambar di atas sekali tiada kena mengena dengan tajuk entri kali ni, masehh! :D



4 comments:

zuwaidah said...

geben??? pertama kali org kedah nak belajar cakap geben heheheehe

yua said...

at first, ingatkan si pnipu yg dmaksudkan ilah si haikal :P

SWEETSYAZA said...

@zuwaidah : kita pun orang melaka pestime blaja geben....

SWEETSYAZA said...

@yua :kannnn...eheheh

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com