Monday, October 24, 2011

Dunia Baru + Penuh Kaler Pink

Dah masuk bulan kedua nak habis bulan kedua pun aku kat sini, ingat lagi time bulan pertama aku masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Nak kata culture shock? Oh taklah.Aku bukan seekor rusa yang terpinga-pinga masuk kandang ghimau,erk? huhu.
Sepanjang hidup di sini aku perasan sini macam hidup di negara Jepun. Semua kejar waktu, kejar masa, kejar duit. Semua benda harus dilakukan dengan berlari-lari anak, agar tidak ketinggalan di kemudian hari. Namun ada benda aku kena tegas disini, untuk permulaan agak sukar bagi aku yang sememangnya lembab segala hal. Tapi aku akan usaha jugak untuk tingkatkan stamina aku dengan mengambil multivitamin agar aku bisa saing-saing berlari-lari anak dengan mereka pada satu hari nanti :")

Masuk bulan kedua juga berada di Shah Alam, aku akui aku tak cukup explore jalan-jalan di dalam UiTM tapi dengan megah aku katakan di sini aku dah berjaya explore jalan-jalan Shah Alam terutama jalan nak balik Melaka,ngohoho! Tapi ada satu hal merunsingkan benak otak aku ni, aku sebenarnya tak berapa mengerti dengan perasaan aku yang kadang-kadang semacam berada di Kuching Sarawak. Pasal bulatan-bulatan (roundabout) di sini memang sebijik besaunyer macam kat  Sarawak Apalah aku ni, kejap di Jepun kejap di Sarawak, buat migrain orang je membaca. :'D

Meh aku bawak engkau orang jenjalan sekitar rumah nak? aku tinggal di Seksyen 2. Ya rumah besar yang macam seram-seram tu, berdekatan dengan pokok sena,  siap ada boyan lagikk itulah rumah aku.  Best tinggal sini, bayar sebulan sewa RM50 je, best kan? Memang berbaloii ;p

 walaupun hakakk tido bawah tapi hakakk tetap suka pasal hakak tido bawah kipas

just because u love pink, it doesn't mean u're not strong ;p

 Mirror + Whiteboard = Hello kitty :)



i do i love ravishing love victoria secret body mist.
oh ini pic sebelum sesi kemas mengemas hias menghias ya para hadek,para habang para hakak sekalian.

adakah anda tahu selain dari Hello Kitty, saya juga meminati Barney?
ya sampaikan alarm phone pun lagu Barney. sila take note, jika tanak pointer anda turun time result nanti :D

 amek masa 20minit pikir nak beli wardrobe ni time kat giant tau sebab kaler dia kaler ijau. kite nak PINK! ;(



Walaupun rumah sewa tapi TV dekat rumah kami TV LCD kau tahu.. *ayat berlagak, lempangg silaaa... ;p

Ini bahagian tengah, di mana kesemua baju-baju, aksesori, segala alatan makeup ditempatkan di dalam kabinet-kabinet ini dan digantungkan di tempat sedia ada. maseh!

Kalo datang rumah tak sah tak masuk dapur kan, ni la tempat kami memasak tapi tak berasap sambil bergosip pasal jiran sebelah..heheh.

So sebulan dua ni aku dah boleh sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Jika dulu, badan lemah mogok tanak kerjasama ditambah pula dengan kena serangan demam denggi seminggu tak baik pasal hati teramat sedih meninggalkan keluarga jauh nun di Melaka, sekarang aku mampu berkata syukur alhamdulillah, akhirnya Allah mendengar juga keluh kesah hambaNya yang hina lagi lemah ini. Akhirnya aku di beri kekuatan plus kebahagiaan sepanjang menjalani kehidupan di sini. Tapi aku tetap nak pindah Melaka. huekhuekhuek

Dulu pun otak kemain susah nak jalan pasal diri ini masih lagi termangu-mangu dengan soalan KENAPA? KENAPA dan KENAPA???!!! Tapi sekarang alhamdulillah, 50% sudah berjalan dengan baik, lagi 50% terpaksalah aku buat suara cukup lembut tepon Dr Rozmey bodek-bodek mintak depa poskan DR101 jus minda tanpa sesen pun bayaran. Agak-agak dapat tak? Kompem dapat, dapat maki :D

Ya Allah permudahkanlah segala urusan Syafiqah Syaza sepanjang beliau bekerja di Shah Alam, aminn

adios!


7 comments:

nub said...

colourful sungguh bilik perempuan.

YNA said...

giler besar rumah sewa :)

handbag byk2 tu yg akak suka.. tp akak giler kasut :)

Farihah Ahmad said...

ai suka hijau berry much! adik ai suka suka hello kitty a.k.a pink!

msrh's said...

i love pink too plus HK! :D yay geng! hihi

NOOR FATIN said...

cantiknya cadar. hehe besarr la umah ni. mesti best! :)

pwincess Lov3y dOv3y said...

ahaha..peminat pink jugak..:)
wah murah sewa sebulan 50 jerk...
ape2 pun haty2 k..

zuwaidah said...

pinjam beg tangan..hehehehehehe

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com