Tuesday, October 18, 2011

Jumpa Dr Azizan Osman, Mari Pheewiiitt! Beramai-Ramai :D

 
Sebenarnya mula-mula aku nak cerita kat korang pasal perasaan gembira aku balik Melaka dua minggu lepas, kerana perasaan gembira tu, aku sanggup kuar plaza tol Alor Gajah walaupun rumah aku jauh nun di bandar Melaka. Tetiba aku macam kagum pulakkan terhadap pembangunan Alor Gajah time aku melewati pekan tu,ececeh! Pastuhh konon nak citer tentang keterkejutan aku time balik rumah dekat Muar, tetiba ada kamera cctv pulak dekat seluruh rumah aku, apahal? :D Dan paling aku nak sesangat citer time berada kat Muar tu, aku berjaya bagi angsa dua ekor aku makan guna tangan aku sendirik. Aku suap tau, kau boleh? :P

Tapi-tapikannn.. ada benda lagi syiokk aku nak taip dari citer-citer kat perenggan pertama tadi. Ahad ritu, kau tahu Dr Azizan Osman datang Melaka buat Seminar Marketing Power. Tahu jelah, dia punya yuran sedia maklum berjumlah empat ratus lima puloh hingget!!! Tapi pasal dia buat promo kali ni, dia bagi 3 orang RM 90! Part lagi bestt, khas untuk orang Melaka saja okay dia bagi sorang boleh bawak dua orang tanpa bayaran SESEN pun, okay.. #berlagak

So, di sebabkan aku pun memang ada jalankan bisnes secara part time, babah pulak memang jenis nak berbisness duit dah ada tunggu nak jalankan je, yang mama pulak jenis suka kumpul ilmu marketing, jadi kami pergilah berempat. Oh kenapa berempat? Sebab sorang boleh bawak dua orangkan, so aku bawak incik Haiqal memandangkan dia sekarang bekerja di bawah sektor Financial Marketing.

Aku tak bolehlah nak cerita panjang lebaqq kat kau orang semua kan... Kangg korang tanak pi pulak pasal dah dapat ilmu dari aku di mana aku dapat ilmu tu dari Dr Azizan, so mana aci! :D Dah tu, tak pasal-pasal aku kena saman dari syarikat depa. Kalo takat seghatus dua tiga ghatuss takpe, ni beribu raban sapa nak bayar?ngohoho! Apa-pun serious i tell u lah kan, aku sangat terkilan pasal tak dapat pergi Seminar Advance Marketing yang dijalankan selama 3hari dari 28-30 Oktober ni sebab aku konvo time tu dan sepupu pulak kawenn, ouh mak sentappp!!!!!!! :(

Berjalan dengan 1tujuan 1matlamat ;)


Tengok? siap dapat pas macam kau masuk taman tema air lagi..

Masuk seminar dapat booklet Marketing Power, free sticker kereta dan dapat DVD yang berharga RM299!
tapi di sebabkan Dr Azizan baikk, beliau bagi kami F.O.C !!! :))

Time ni baru lepas segmen di mana beliau suruh semua peserta ambil gambar beliau dan upload di facebook.
Di sebabkan aku ni lambat lagi nakal, aku snappp time dah habis segmen tuh.Pastuh sedih jap, sebab kena marah dengan incik Haiqal, sebab rules dalam dewan tak dibenarkan guna kamera kalo tak kau mampu bayar RM 50??? :'D

Muka tak berapa nak hepi sebab kempunan tak dapat tangkap sepanjang sesi seminar ;(

Selepas attend seminar haruslah berbuat seperti ini, kau tahu? HARUS tapi TIDAK WAJIB :)

Sangat sentap tengok mereka pada ketika ini kerana masing-masing sibuk mendaftarkan diri untuk Seminar Advance Marketing 28-30 Oktober ni -.-


Bila dah sentap terus berlari ke bilik air dengan penuh emosi, oh bukan sebab nak nangis, tapi nak terkucil.
Bila dah lega keluar dari toilet terus pergi ke mama, request nak tangkap gambar bersama,hahaha

Walaupun sedih tak dapat pergi menuntut ilmu di Seminar Advance Marketing sekalikgus sedih sebab tak dapat tangkap dengan orang yang cukup berpengaruh Dr Azizan Osman, tapi takpe janji aku pernah merasa masuk seminar beliau, oh pujuk diri sendiri pula..sudah! :') Pada yang tak pernah masuk langsung seminar ni, sila pergi selagi beliau bermurah hati nak kasikk harga murah. Jika terlepas, jangan datang dekat aku sambil nangis-nangis ya. Kenapa kau menangis disini? Pergi kau menangis di Richworks sana! :D

Akhirkata, beliaulah mentor saya #thumbsup :)

adios!


3 comments:

Farihah Ahmad said...

dr azizan mmg sgt besttttt :)


dah la senyum charming ja. #eh kaitan?

yua said...

pernah jugak dgr nama Dr ni.. tp seriously xkenal sgt.. hehe

NOOR FATIN said...

belum penah lagi pergi majlis yg beliau ada. hehe mesti best :)

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com