Friday, October 14, 2011

Tazkirah : Kaitan Pisang Busuk Dengan Perasaan Benci


Hayati kisah ini:

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Maryam.

Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu”
beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

"Orang-orang yang beriman dan hati-hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram." (Ar-Ra'd: 28)

adios!


p/s: lama tak letak entri pasal tazkirah ni, patot ghaser terbakorr je masuk blog aku ni,huekhuek



7 comments:

yua said...

manusia mmg xterlepas dr perasaan spt ni..
cuba tuk berubah ke arh yg lebih baek

faryzh said...

wahh..suke citer ni.maksud yg dalam tu..

Zana said...

Ada maksud tersirat , tazkirah yang berguna akak . yeah ! hehe

Rosalia said...

bgs2:D maksud yg sgt baik. sy suka. leh la praktikn. thanks for sharing

naga hitam said...

ermm...menarik....

Scarlett O'Hara said...

Entry yang buat kita berfikir betapa selama ini banyak pisang busuk yang kita simpan di hati tapi kata2 tak smeudah tindakan yang kita lakukan.Maka hingga saat ini masih ada pisang busuk dalam hatiku.

jaya jr said...

hehe..sini pon ade gambar pisang laa.btw nice info =)

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com