Friday, November 11, 2011

Pengorbanan Apakah???


Bagi diri aku yang sedang mengenal kehidupan sebenar di muka bumi Allah ini, aku rasa banyak pengorbanan yang aku lakukan sepanjang 2011 ni. Kroohkroohkroohhh..angkat bakul sendirik, tak malu! :")

1. Pengorbanan Pertama Kali Berpisah Dengan Rakan-Rakan Diploma
- Masa ini berlaku ketika aku praktikal di Pusat Zakat Melaka. Oh, bayangkan hanya aku seorang saja tercampak di situ tanpa rakan-rakan yang selalu gi kelas sesama? Sadis untuk jadi pelajar darjah 1 kembali, kenal orang-orang baru. Ouh,ouhhh..

2. Pengorbanan Masa Ketika Bekerja Sementara
- Masa ni berlaku time aku kerja sementara di syarikat insurans selama sebulan? Rasanya tak sampai sebulan, tapi kenapa aku rasa macam lama bekerja? Oh lupa, ketika tu kan aku mengalami tekanan di tahap kritikal kerana bermain dengan nombor,hehe. Sadis sebab aku terpaksa korban waktu tonton tv pada waktu malam di gantikan dengan waktu tidur lebih awal sebab OTAK PENAT!

3. Pengorbanan Berhijrah Dari Satu Tempat Ke Satu Tempat Yang Lain
- Ini pengorbanan paling besar rasanya sebab melibatkan banyak pihak. Aku terpaksa melakukan pengorbanan dengan berhijrah dari tempat asal ke tempat yang tidak pasal, eh tak-tak,hehe. Berhijrah demi mencari rezeki yang halal. Demi mama dan babah, aku korbankan perasaan aku yang taknak jauh dari family. Serious, adik beradik tiga orang je. Anak sulung dan manja, for surelah sangat susah untuk badan ni berkolaborasi dengan tempat baru walaupun di sisi sentiasa ada incik Haiqal tersayang.

4. Pengorbanan Tenaga
- Yeah, ini i loikee sesangat. Demi family tercenta, hakakk kau memang sanggup tekan minyak dari Shah Alam ke Melaka. Apa dehall? duit ada, kad kredit touch n go ada. 1jam 40 minit aku boleh sampai sana. Tapi time tengah bulan, agak sukarlah di situ,huekhuek! Tapi untunglah abah jenis suka anak perempuan dia balik, so tak kisah kasik pinjam duit ni. Janji hujung bulan kau jangan buat tak reti, bayorr lerr :'D

5. Pengorbanan Emosi dan Perasaan
- Emosi dan perasaan pun aku berkorban kau tahu. Depan mereka-mereka aku senyum, ketawa. Tapi hakikatnya? Aku menangis di dalam hati..ececeh! Macam aku cakap tadi, aku tak dapat adapt dengan keadaan baru. Kau pujuklah aku ajak main ice skating kat sunway ke, tengok Vokal Bukan Sekadar Rupa dekat Plaza Alam Sentral ke, tak pun ajak aku tengok Maharaja lawak dekat royal kejadah ntah, memangg tak dapatlah nak pujuk perasaan aku ni... Itu kategori mengada atau manja? Cerpikir,cerpikirrr ;p

6. Pengorbanan Kewangan
- Bila dah bekerja, semua kena buat sendiri. Roadtax, duit kereta, duit rumah sewa, duit minyak, duit makan, duit pam tayar. Okay pam tayar tak kena bayar. Free of charge ya, jangan nak tipu. Tapi serious, betullah orang kata gaji beribu pun takkan cukup dan aku sedang melaluinya sekarang. Oh yeahhhh... =.=

So itu antara pengorbanan aku setakat ni. Korang amacam? Apakah pengorbanan korang? Atau pun korang sendirik terkorban seterusnya menjadi mangsa korban? Oh tak payah susah-susah kongsi dekat sini, ni bukan segmen tutt, tuttt..hehe. Renung-renungkan dan selamat bulan November :)


adios!




4 comments:

Farihah Ahmad said...

tak payah kongsi??? nak kongsi jugak lalalalaaaa



pengorbananku paling besar : terpaksa kurang makan sebab badan mula menunjukkan tanda-tanda kegemukan.

El-Janna said...

hahak.. sekarang..rasa berbaloi kan pengorbanan

pena rozie said...

Biase la... Manusia memeng kene banyak berkorban. hu..hu..hu...

hati♡ said...

xkira dr sudut apa, dlm hidup mmg perlu ada pngorbanan.. :)

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com