Tuesday, December 6, 2011

Suatu Malam di Seksyen 2 .....


Amacam? Mengancam tak tajuk entri kali ini? Ini bukan tajuk propa semata-mata nak tarik perhatian ye uollss, ni fakta tahu. Tak mainlah banglo seremm banglo seremm tu,ngohoho! Berlaku selepas hakakk dan incik abang Haiqal kauu balik dari tengok citer Ong Bak versi spesel di buat khas oleh orang seni Malaysia, iaitu citer Ombak Rindu yang tengah meletop-letop macam popcorn sekarang ni kat Jusco Bkt Raja malam tadi.

As u know, ecehh.. as u know tauu, bencik haku. Macam kau tahu, sejak aku berhijrah ke Shah Alam ni, penempatan sementara aku di rumah sewa Seksyen 2, begitu juga incik Haiqal. Kami tinggal di lorong yang sama, meskipun sound macam “Eh tinggal lorong sama?entah-entah 1rumah?” Oh hamboii kau, mulutt.. Aku masih waras nak pikir dosa pahala ea. Masih juga dalam mencuba untuk mempraktikkan solat tahajud tiap malam eceh! Takbur sungguh, astagha Syaza... :'D

Okay berbalik semula citer tadi, time on the way balik tu, Incik Haiqal ngadu nfon dia hilang. So, aku pun dengan beria-ia menolong mencarik nfon dia dekat dalam beg dan segala jadahlah kan. Unfortunately, memang tak ada. Nak call nfon aku pulak haram tak ada kredit. Then aku asked him untuk stop di tepi jalan Sek 2 memandangkan kami dah nak sampai ke destinasi masing-masing.

Time tengah dok masing-masing tengah mencarik nfon tu,tiba-tiba budak perempuan dalam lingkungan 8-10 tahun macam tu muncul tetengah malam lengkap berpakaian baju kurung warna hijau keseluruhan ketuk tingkap kereta. Terkejut aku bukan kepalanglah, masa tu incik Haiqal tak perasan lagi, aku cuit dia soh tengok sebelah dia. Rupanya dia lagi terkejut beruk dari aku. Okay tahan gelak selama 5minit jap time tu,bhaha :D

Pelan-pelan incik Haiqal turunkan tingkap, tanya dia nak apa. Direct budak perempuan tu nak noted RM10 sebab nak beli nasi. Incik Haiqal pun punyalah baik lagi jujur cakap tak ada tapi RM 5 ada dan terus bagi kat budak perempuan tu. Budak perempuan tu pun ambil sambil tersenyum sinis berlalu macam tu saja, nasib dia sempat ucap terima kasih kalau tak memang aku tuli dahi dia tak berapa jendul tu. Lepas budak tu blah, kitorang pun jumpa nfon incik Haiqal, syukur Alhamdulillah.

Time otw Incik Haiqal nak hantar aku kat rumah, kitorang tersempak budak tu sekali lagi. Dia melambai-lambai dekat kitorang dengan muka yang penuh seram-seram gitu. Haha, tak-tak tipu. Kitorang jumpa budak tu mintak duit lagi dekat akak naik kete Satria purple depan kedai kambing golek ok! Cis celakak punya budak. Rupanya dia akan mintak RM10 dekat orang naik kereta dan tidak kepada orang naik motor. Macam mana aku tahu? Entahlah, aku main agak je pasal dia mintak kat akak tu dan akak tu dalam kereta. So berdasarkan my 1st perception, conclusion aku is mesti dia mintak orang naik keter, tidak orang naik motor. Hahaham, boleh bhaaa? :)

So lepas ni sapa nak dok pekena ABC sek 2 tengah-tengah malam di sarankan naik motor, jangan naik kereta sebab dia akan ‘attack’ orang naik kereta saja. Kalau boleh jangan pekena ABC tengah-tengah malam sebab tak baik untuk kesihatan, Maseh!

adios!



5 comments:

Farihah Ahmad said...

aku dah set angker tahap klimaks, ko buat lawak pulak kan syaza. potong stim tau!


*beb, best tak ongbak rindu?

SWEETSYAZA said...

hahahhaha... tensen tak tensen takkk? ;p

best gila wooo ONGBAK RINDU... masa kan incik haiqal saya pun nanesss?hehehe

aRa ❤ aFiq™ said...

da lame ta p seksyen 2..best la pat tgk ombak rindu :)

Gilakah Aku!!? said...

Terbaikkk.. Laa.. ^_^

Gilakah Aku!!? said...

Terbaikkk.. Laa.. ^_^

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com