Sunday, February 5, 2012

Resepi : Pastri Serunding 15 Minit

Ingat tadi baru nak ajak mama pi window shopping dekat Jusco Bandaraya Melaka tapi memandangkan cuaca hari ini pheww sangatlah panas ditambah pulak nanti kangg kalau keluar kompem-kompemm bahagian aksila (ketiak) kau akan berlumba-lumba menghasilkan kalenjar berair jenis apkolin, maka better kau duduk rumah layan cerita Melayu yang entah apa-apa sambil pikir-pikir menu minum petang apa yang nak dibuat hari ini. So tadi mama dan aku telah memilih kata sepakat untuk buat pastri. Ya, tak ada sardin maka pastri serunding menjadi pilihan. Nak buat 5minit je, bakar 10minit. Itulah dia Pastri Serunding 15minit :)

Bahan-bahan sangat simple dan senang. Hanya memerlukan Pastri Cap Kawan dan Serunding pure punya dari Terengganu. Oh dan telur yang sudah dipukul sebati bagi tujuan untuk warna-warnakan atas pastri biar nampak cantik bila dah dibakar nanti.

Firstly, ratakan pastri dan letakkan serunding di atas pastri macam kat atas ni hah. Before that, lapik pastri dengan plastik ea, tak mau buat atas kabinett..hehehe.

Dah letak, kelipitkan pastri. Faham tak maksud kelipit? Bhahaha, aku pun tak tahu apa maksud dia tapi kira macam kau lipatlah. Adeh pening-pening :D

Kemudian corakkan pastri dengan menggunakan garpu. Corak ikut suka hati kau ok, orang tak marah pun kalau kau buat corak lain.

Agak-agak macam dah puas buat corak, then bolehlah pastri tu di sapu dengan telur yang sudah dipukul sebati tadi.

Lastly berbekalkan microwave mak kau kuasa dua, bakar pastri tadi dengan suhu ala kadar 150'C selama 10 minit.

Hasilnya, tarraaa!!! Kemain tembam lagi pastri ni. Inilah dia Pastri Serunding 15 Minit :)


adios!


klik LIKE if SUKA, KOMEN if TAK SUKA :)

4 comments:

cik lolipop said...

bukan kelipit la yunk...
tapi kelepet (dlm sleng tranung) mksd nyer lipat...hehehe...=)

Minnie Zara Blogshop said...

singgah sini and folo skali...:)
jemput lah singgah ke blogshop kami..http://minniezara.blogspot.com/..:)

Ym.Bundle [Blog.Sampah] said...

bakar guna microwave ke oven?goreng tak leh ke?

SWEETSYAZA said...

ym bundle : 4sure boleh... :)

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com