Saturday, March 31, 2012

Resepi : Triffle Semudah 1, 2, 3

Hari tu aku ada buat sentap seorang insan ni. Siapakah insan tu? Usahlah dipanjangkan cerita, ya dop? Sebab rasa bersalah sangat, sebagai manusia yang ada kepala hotak haruslah kau mintak maafkan dekat orang tu kan. So, aku nak cipta kelainan aku telah amek keputusan berani mati dengan membuat triffle buat pertama kalinya. Kau pikir buat triffle ni senang ke? Kau kena kacau untuk buat kuah dia, kau kena buat castard dia lagi. Jangan main gila kau aku cakap :D

So, pasal taknak susahkan diri, aku cipta triffle sendiri. Dengan berbekalkan duit RM 20 je dalam tangan time tu pasal tengah bulan kan..haha, lepas balik keje aku terus pi kedai india kat seksyen 2 beli barang nak buat triffle.

 
 Beli koktail RM 4.90, kek coklat RM 5.00 satu gulung, dan aiskrim pelangi nestle rm8 lebih tak silap. Pastuh sediakanlah tupperware untuk letak triffle ni.

First, potong kek coklat nipis-nipis dan susunkan dia dalam tupperware cam kat atas ni hah.

2nd, lapiskan bahagian atas hirisan kek coklat tadi dengan beberapa scope aiskrim pilihan hati. Lapis sampai kasi tutup penuh ea tamoh nampak kek coklat walau sikit pun.

Pastuh dah tau kau beli koktail kat kedai uncle tadi, kenapa kau simpan? Pergi kau taruk atas aiskrim sana! :D

Kemudian tutup balik lapisan aiskrim + koktail tadi dengan hirisan kek coklat lagi. Pastuh atas kek coklat tadi, suka ati kaulah kan nak letak apa macam aku, aku suka koktail so aku letak koktail bebanyak. Eh konpius, triffle ni untuk sapa sebenarnya? Suka ati kau je nak letak koktail lebih? ^^"

Hasil dia, tarrapampam!!! Memang nampak tak cantik dan tak sedap pasal aku buat begitu gelojoh kejar masa. Kalau tak gelojoh mesti santek punya. One more thing, bagi mengelakkan kau kecur liur melihat orang yang kau buat salah tu makan depan kau, apalah kiranya kau buat satu untuk diri kau jugak. Boleh kau makan sambil-sambil tengok citer Boboiboy time balik dari keje kannn.. Eh panjang pulak caption aku nih.
 

Jadi kesimpulan, TRIFFLE SEMUDAH 1,2,3 ni mampu dibuat oleh semua orang tak kira peringkat umur,bangsa mahupun agama. Student UiTM pun boleh buat kalau nak, tapi makesure kau punya hostel pastikan ada freezer ;p

adios!




LIKE if SUKA, KOMEN if TAK SUKA :)

3 comments:

Gadis Rabun said...

wow.. this is new. i did once but not using ice cream. great info!

Nyamuk Terbang said...

ok nmpk sedap sgt

Farihah Ahmad said...

wahhh wanita sungguh. main resipi pulak sekarang. maju namanya :)

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com