Tuesday, March 20, 2012

Review : Buang Aura Negatif Naikkan Seri Dengan Mandi Garam Buatan Sendiri

Ceh, tajuk macam nak berpantun. Kau tak nak panjang pulakkan. Selalunya kita dengar orang cakap pasal mandi bunga,mandi susu,mandi kerbau dan segala macam mandilahkan. So,hari ini saja nak review pasal mandi garam.

Nak mandi garam sangat senang okay. Tak payah upah orang nak buat. Budak kecik pun mampu buat. Hanya sediakan baldi (kaler baldi ikut suka ati), segenggam garam 'jantan'/kasar, air paip.


Untuk mandi, perkara yang harus dibuat dan titik beratkan:
- Tabur sengenggam garam ke dalam baldi yang berisi air sambil membaca Al Fatihah dan Selawat 3x serta niat yang kau mandi garam ini sebab nak buang segala aura negatif/semangat jahat dalam diri.
- Mandi sebelum Subuh/Asar. Agak-agak tak larat bangun pagi, mandi pukul 12 tengahmalam pun boleh.
- Mandi sopan. Means pakai kain pelikat/batik dan pastikan time sarung kain tu melalui kaki bukan kepala.
- Mandi garam selepas kau mandi sental-sental sabun. Jangan bilas lepas mandi garam, biarkan ia kering di badan.

Note untuk firstimer macam aku dulu-dulu amatlah digalakkan untuk berkorban tiga pagi sebelum Subuh berturut-turut untuk mandi garam nih. Kemon, tiga pagi sebelum Subuh,takkan tak mampu khenn. Kemudian kalau kau nak maintain mandi garam, buatlah sebulan sekali tak payah bangun tiga pagi berturut-turut da :)

Apa function Mandi Garam ni? Function dia jika menurut Islam cuma satu iaitu untuk membuang segala tenaga jahat/aura negatif dalam badan. Bila aura negatif dah dibuang dengan mandi garam ni, automatik aura positif akan muncul dalam diri. Bila aura positif mula muncul diselarikan pula perwatakan kita yang baik, maka tidak hairanlah muka pun jadi berseri. Kan orang kata kecantikan luaran itu bermula dari dalaman? So sila fikir jika banyak aura negatif, caner nak berseri kan? Takat muka cantik tapi banyak negatif dan tak dop seri, tak hebakk lagi uwehh. Tapi jangan lupa solat pun kena jaga :) Ececehh aku ni.

Sangat bagus jika kau berniat nak mandi bunga. So, sebelum mandi bunga tu elok-eloklah buang dulu segala aura negatif dalam badan tu. Barulah afdhalkan.. Mandi garam ni aku dah try, tu pun aku try time aku down gila  semasa bekerja memula dulu sampai bos aku pun tahu aku ni sebenarnya aku ni jenis ceria, tapi since kerja situ mood kerja jadi tak okay dan sekarang dia cakap aku EO serba boleh sebab aku dah jadi diri aku dan mood kerja pun jadi okay, erm okaylah sangat. Eh,okaylah! :D



Selamat mentry,
adios!



LIKE if SUKA, KOMEN if TAK SUKA :)

1 comment:

Hikaru Yui said...

mandi laut ja terus boleh x?

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com