Saturday, March 10, 2012

Review Filem : The Devil Inside

Adalah satu pengalaman yang sangat heaven bila kau dan satu famili kau pergi tengok midnite movie sama-sama pastu sama-sama sepakat pilih nak tengok cerita seram lagi meram, The Devil Inside. Ya, itulah yang berlaku dalam famili aku a.k.a keluarga pakcik Ibrahim pada jumaat malam yang lepas.ngehehe.  Tepat pukul 12.20 pagi tengok tau. Nasib baik malam Sabtu kalau malam Jumaat tak naya kau tengok cerita macam nak gugur jantung tu?

 serious tak faham apa function nenek mata putih ni, sedangkan dia punya scene tak sampai 1minit tak bersuara pun,ngohoho! :D

Tapi serious agak seramlah cerita ni, walaupun pada mula cerita ni macam tengah tengok tv pulak kat rumah siap boleh borakborak dengan mama,wakaka. Tapi tang klimaks memang gila kauu bila tengok orang kafir kena rasuk tapi still tak baik-baik? Siap kelar-kelar badan sendiri buat tanda salib dan buat gaya ala gimnas sampai krup krap krup krap segala tulang dalam badan, memang peh la kan. Lagi tak boleh blah bila paderi tu sendiri yang dok nak ubatkan orang kena rasuk pun join kena rasuk sekali. 

Ending kau tak payah tanyalah, kalau dah sampai paderi pun kena rasuk, sah-sahlah ending dia setan yang menangkan. Macamlah kau tak tahu kalau pakcik William Brent Bell kau buat cerita.  Macam mana dia buat ending citer paranormal macam tulah yang berlaku dekat the devil inside. Tiba-tiba skrin terus gelap dan terus mulut akan berkata "Eh, dah habis?". Ceh, aku ni dah pi kantoikan pulopp! Ngehehe.

Pada yang tak tengok pi lah tengok. Walaupun ending tak best,tapi klimaks dia best. Serious tak tipu. Kalau tak kenapa adik aku merungut cakap aku ni dok terjerit-jerit


adios!



klik LIKE if SUKA, KOMEN if TAK SUKA

1 comment:

pulsowanie said...

HOHO...MACAM NAK TENGOK JEEE

PEREMPUAN INI TIDAK MENANGGALKAN MEKAP SELAMA DUA TAHUN!
http://pulsowanie.blogspot.com

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com