Thursday, May 31, 2012

Pricechecker.My, Hypermarket Mana Menjadi Pilihan Kalbu?


Aku tahu dah lama aku tak update blog. Ya, aku tahu. Tapi ada aku kisah? Kalau kau pun jenis tak kisah aku update ke tidak kannnn.. :D Okay, tak ada personal story nak diceritakan tapi hanya untuk share-share kepada semua. Ceh, semua ke? Takat seketoii dua ketooii yang sanggup ngadap blog aku konon nak cakap semua. Eh apesal aku punya mukadimah ni penuh dengan ayat sentap tambah dengan menaip penuh emosi nih? Kau perasan tak? :D

Hari ini nak share satu website nih, www.pricechecker.my. Aku tak tahulah kalau aku ni kuno baru tahu pasal website ni, tapi aku pasti majoriti orang Malaysia jenis boros dan pasti tidak tahu untuk berbelanja dengan bijak pun tak tahu akan kewujudan website ni kan? Kan? Kan? Erm tak kan? Ala.. kan lah... Janganlah buat aku bodoh sensorang diri,tssk! :'D

Website ni sangat bagus buat mak-mak, buat para isteri yang baru kawen kekonon nak jimat beli barang dapur. Yelah, dah sakan buat kenduri besar-besaran kan, pas kawen mestilah nak saving gila-gilakan. Kalau boleh kalau beli bawang besar 200gram tu siap bodek tokei kedai hanya semata-mata nak dapat free bawang putih seketul. Peh dahsyat, ish memandai je haku nih.

Jom tengok peranan website ni kalau tak caya :)



 
Inilah guna website jika kau bukak, kau dapat compare mana murah dan mana yang mahal. Seriously, bila bukak website ni persepsi aku terus bertukar dengan serta merta. Dulu ku pikir si T lagi murah dari G, sebab G jenis mentekedaghah duit pelanggan sebab mahal barang-barang dia. Rupanya diam-diam cik C, dia lagi okay. 

Tapi apa-apa pun, encik M jugak yang murah secara keseluruhan. Betul tak tipu, checklah sendiri. Kalau kat Melaka berlambak Mydin, tapi kalau area Shah Alam, dah tak boleh gi ekstra-ekstra dah, kena main area Seksyen 18 je pasnih, nak jimat punya pasal. :D


adios!



LIKE if SUKA, KOMEN if TAK SUKA ;)

No comments:

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com