Friday, July 20, 2012

Kenangan Yang Baru Diselongkar !

Sebelum start baca entri, mohon maaf nak kasi entri ni panjang sempena esok puasa :D Ok, semalam pukul 1.30 tengahari sharp aku tekan minyak dari Shah Alam balik ke Melaka. Hamekk kau, pukul 3.00 petang aku sampai, peh 1 jam setengah je kau drive? Itu belum cukup hebat. Next time drive laju lagi sikit okey, capaikan 1jam dari Shah Alam ke Melaka..ngahaha.

Apa barang weh kau sambut puasa dekat tengah-tengah bandar Melaka? So, as usual kalau puasa ke, raya ke, segala event ke mesti kitorang akan sambut dekat rumah kedua kitorang kat Muar. Sebabnya rumah kedua kitorang tu special sikit dekat kampung pastuh rumah kiri kanan belakang rumah memang sawah, peh kau hader? Memang feeling habislah rumah kedua aku tu nak-nak dekat raya, syahdu dia memanjang je.

Jadi hari ini hari terakhir Syaaban, kitorang adakan gotong royong bersihkan satu rumah. Yelah rumah completed semua ada, astro ada tapi jarang duduk dan balik mana tak berhabuk penuh taik cicak? Yang tinggal pun adik lelaki aku tuh sebab dia belajar dekat-dekat dengan area rumah kitorang yang kedua nih bertemankan pula dengan cicak-cicak yang gemuk-gemuk yang suka buat taik merata-rata.



Tarrapampamm!!! Perkenalkan bilik aku yang sangat pink dan sangat childish ni. Okeh aku minat pink, betul. tak caya boleh baca entri aku yang dulu dan dulu


Okeh time dok ngemas-ngemas tuh kan kita terjumpa something yang sangat-sangat lama.. oit kenangan sangat.

 Kita mulakan dengan album gambar ni dulu oke :)

Tu diaa..gambar-gambar nakal dengan grup kaki ponteng kelas akaun ada, gambar zaman-zaman berchenta monyet bewok matyeh pun ada. Matyeh? Dah lama tak sebut perkataan tu xD


Dalam album ni pun kau boleh tengok jugak kejahilan aku dalam bab bermekap, berpesen-pesen nih. Eeee, comot aku weh. Malu sendirik bila tengok gambau ni sume!

Dulu aku memang rajin beli majalah Fokus SPM, yela nak SPM. Dan majalh nilah satu-satunya majalah aku simpan sampai sekarang Edisi Jun 2007, edisi lain? harremmm.. Ada sebab aku simpan majalah ni sampai sekarang.

Yeayy sajak kita keluar dalam Majalah FOKUS SPM! Hasil dia dapatlah RM30 dari Karangkraf tu pun time tu bagi aku dah kira banyak. Aku rasa time nih memang aku taksub gila dengan bidang penulisan sastera meskipun aku bukan kelas sastera. Sampaikan cikgu siap hantar aku wakil sekolah pi Program Penulis Muda kau tahu! :D

Tapi seriously sampai sekarang aku terfikir-fikir camnelah aku boleh bikin sajak yang ayat dia peh! penuh puitis lagi dramatis camnih. Haish-haishhh..


Sekian untuk entri before puasa kali ini. Orang lain dok berlumba-lumba buat entri ucap selamat berpuasa, aku boleh pulak buat entri kenangan segala bagai kan. Pada reader(s) selamat berpuasa, jangan lupa baca niat sebelum tidur malam ni :)


adios!






LIKE if SUKA, KOMEN if TAK SUKA ;)

1 comment:

SyamimiNazifa said...

Happy fasting kak syaza ! :)

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com