Thursday, August 2, 2012

Edisi Buka Puasa : Klana Resort Seremban

Yeahhh aku memang jenis nyempat tak nyempat nak update blog! Semalam pi buka hari ini dah ngadap pc opis dok update blog. Jadi semalam ketua bahagian aku memerangkap bigboss telah membaikkan hatinya yang suci itu di bulan Ramadan untuk belanja kami satu opis buka puasa. Meskipun gembira tapi hati ini siapalah tau amat berat dan kasihan untuk tinggalkan incik Haiqal buka puasa di rumah sewa bersama-sama kawan serumah beliau. Yelah selama ni berbuka berdua, tiba-tiba berbuka dengan geng rumah sewa..ececehhh.

Dan majlis berbuka puasa itu berlangsung di Klana Resort yang terletak di Seremban. Kau ingat Klana Jaya je ada? Seremban pun ada Klana lah wehh.. Siap buat cawangan tambahan kat PD tau. Kau haderrr? Hahaha tak pasal! :D

So bagi menceriakan hati yang berat nak tinggalkan incik Haiqal, aku telah membuat satu keputusan berani pitam dengan memakai top to toe semua kaler pink striking. Siap casing BB pun pink, dah macamm citer katun apa ntah yang kat tibitiga yang satu grup suka kaler pink tuh. Iskk.

Dekat Klana Resort ni best sebab kalau kau datang awal kau sure takkan boring sebab dia ada buat jual-jual kat luar ballroom tu. Rambang tak rambanglah mata kau kan sampai nak ngadap BB pun tak sempat sebab rambang sangat mata tuu..

Dah habis ngadap jual-jual moh kita ngadap makanan-makanan yang sangat menyelerakan tu. Okay, FYI meja bulat kitorang ni yang duduk dua orang je sebab yang lain dok meja lain tapi kau tengok makanan kitorang duaorang? Ni semua nafsu nih! Nafsu-nafsu!!! :D

Perkenalkan kakak radiusite kat opis kitorang..tehehe,tak-tak tipu. Kitorang panggil dia model radiusite sebab dia sangat update tudung keluaran radiusite. Bayangkan, radiusite baru post gambar tudung lunch hour zuppp!!! terus pi butik radiusite kat belakang uitm nih. Betul-betul regular customer wa cakap luu..

Inilah hasil makan dua orang. Nampak tangan macam lebih dua orang kan? Haa itu tukang perabihhkan saki baki kitorang.. Nampak tu siap tarik pinggan lagi.

Inilah yang tolong perabihkan makanan kitorang. Incik bos kedua selepas bigboss. Ceh tutup muka pulak, mulalah tu taknak mengaku dah perabihkan makanan.

Lagi sorang tukang perabih makanan yang muka macam Mr.Bean tuh.. Eh bukan yang pakai tudung tulah, yang sebelah kanan dia tu. Sukahati je cakap yang pakai tudung tu macam Mr.Bean, tu kakak kita tau :)



Mesti pelik kenapa gambar bigboss tak ada kan? Sebab dia last minit tak jadi hantar wife dia masuk hospital tahan wad akibat lutut pecah. Kesian sangat, moga-moga wife dia cepat sembuh. Yang penting, bos dah janji minggu depan nak bagi duit raya kan boss? Selamat Menjalani Ibadah Puasa semua. :)


adios!




LIKE if SUKA, KOMEN if TAK SUKA ;)

No comments:

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com