Friday, August 24, 2012

Entri Raya Lagi, Tak Habis-Habis

Kalau perasan, aku punya title sebelum-sebelum ni mesti ada terselit perkataan 'Raya'. Yelah, kata raya sakan kau sampai mintak cuti kat bos dua minggu, haruslah khenn. Hai bos! Bos tengah keje ea? Saya masih sakan beraya lagi kat sini, kesian bos raya kat sana je nanti balik Shah Alam,saya bawak kuih raya ya, ngehehe! Kau ni kalau beliau terjumpa blog kau kat gugell dan baca entri ni, mampuihh kau syazaaa! Dia bagi SKT rendah, kau jangan nangih! :D

Tahun ni hari raya pertama kitorang beraya dekat rumah atok kat Yong Peng, Johor. Tapi biasalah, kalau nama raya dekat kampung mesti tak ada chann nak buat sesi maap-maap nih dan mesti tak ada chann nak buat sesi fotografi bersama famili. Pasalnya mama sibuk hidang makanan untuk marhaban, babah dan Iwan pulak sibuk ngikot orang kampung marhaban. Kalau sikijap je tak apa lagi, ni hamekk kaww sampai jam 3.00 petang pun babah tak muncul dan balik dari marhaban kau tahu. Punya eksaited join marhaban aku cakap kau :)

Maka sesi maap-maap dan bergambar terus-terusan ditunda sampailah raya keempat di rumah kedua kami sendiri di Muar. Hebatkan? Jom layanss!

Our family. 
Kalau tahun lepas tema kitorang pink campur kelabu, tahun ni kitorang punya tema dark purple!
Wahh kemain kau kak ros *panggilan kawan mama di opis. Belum lagi sesi freestyle, dia dah mula buat dulu dahhhh.. :D

Mama dan babah.
Nampak muka ceria macam 1st raya, sedangkan time nih raya ke empat kott.


 Haa.. gelagat mama dan babah di pagi raya, dorang suka buat aksi terlebih sudah kat depan kamera. 
Yelah, kalau dulu harapkan kamera dslr Canon satu je dok snap, sekarang hadirnya kamera dslr nikon kepunyaan Iwan aihh bertambah-tambahlah aksi. Anak mereka? Kami relaks je :D

Dah puas bergurau, sesi maap-maap pulakk..

 Mata dah berair dah time nih, tapi boleh gelak-gelak lagi...haish tak real lah.

 Okay ni baru reall. Cayalah Iwan!! :D

Dah habis maap-maap, meh kita sambung aksi terlebih sudah balik.. :D

Kalau pandai, apa yang tak kena dengan gambar ni? Cerr teka..ngehehe!

Tu diaa.. freestyle dari famili pakndak ayimm untuk semuaaa... xD

Sekian dari saya si manis tapi tak cantik.. SweetSyazaa untuk tatapan semua kawan2 blogger.
Jemput datang rumah, blogger area Melaka takkan tak tahu Taman Semabok Perdanaa kotttt khenn ;)


adios!



LIKE if SUKA, KOMEN if TAK SUKA ;)

5 comments:

boni kacak said...

wah..meriah betul raya dia ye... bestnya...

p/s : ni kalau bos terbaca ni, apa lah perasaan dia ye.hahahaha

NadNod said...

selamat hari raya ;D macam macam gaya ada dalam gambar. haha

SWEETSYAZA said...

@Boni Kacak : syhhhh... jangan btau bos tauu..ekekekeke

@NadNod : selamat hari raya sayang :)

Aida Azryn said...

selamat hari raya! ;)

Dkna Abza said...

Mood raya dah hampir hilang sebab esok dah keje. Huhuuuu

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com