Monday, September 24, 2012

Menabung Itu Amalan Mulia

Sumpah asal tengok title entri ni mesti tergelak-gelak sebab my title sangat skema. Oh skema gila hokeh! Kau macam dah tak ada title entri lain nak letakkan Syaza? Kenapa aku cakap pasal menabung untuk entri ni? Ya, ini untuk memberi kesedaran kepada sesiapa yang tak menabung lagi dan beranggapan "erm menabung? Hello, I bukan budak sekolah yang nak dipupuk menabung every time hokeh" Eh nyampah pulak aku tengok kau cakap camtu siap libas-libas tudung bawal ke belakangkan..phuii-phui!!! Haip-haip tak baik meludah! :D

Sebenarnya amalan menabung ni dari zaman sekolah rendah cikgu BM (Bahasa Malaysia) nasihatkan kann.. Tapi yelah time tu budak-budak, menabunglah kekonon seposen sehari sampai ler darjah enam. Pastuh eksaited soh babah masukkan duit dalam akaun bank. Bersinar-sinar mata tengok akaun kita ada seratus ringgit time tu. *time tu seratus pun kira banyak. Masuk sekolah menengah, hadoo? Non hadoo ek eh! Tu pun masukkan duit time raya je. Tapi baru nak feeling-feeling nak beli itu ini dah ayah kau tadah tangan mintak duit raya untuk dimasukkan dalam bank. Habis hancur musnah segala impian, siap berderai ibarat pasu kaca yang terhempas ke lantai,ewahewahewah...

Masuk universiti, confirm banyak kena pakai. Nak bayar yuranlah, hostel lah. Eh,sorry I graduan UiTM tak adanya nak bayar hostel-hostel sebab biasalah kerajaan bayarkan. Saya pilih MALAYSIA..bhahaha nada gedik bercakap macam mintak pelempang duaplohtigakali. Serious time aku dah pertengahan universiti, baru terfikir manalah pergi duit simpanan yang aku dok menabung dari skola rendah lagi. Ok baru teringat, pakai time memula masuk universiti. Mula-mula kecewa jugak pastu nekadlah kekonon nak menyimpan tapi bila masuk PTPTN, terus tak pikir duit simpanan yang ditabung dari skola. Satu semester sekejapan habis. Maka ia berlarutan sampailah semester keenam dan habis belajar.

Bila start kerja dengan UiTM pada September 2011 yang lepas, eh dah setahun rupanya aku kerja eh? Syabas Syaza..bhahahah dah nak habis September 2012 baru perasan. Ok bila start kerja, barulah aku fikir betapa pentingnya menabung ni. Bukan kecewa sebab tak dapat bayar PTPTN dengan duit tabung okeh, tapi kecewalah tengok akaun macam tak ada simpanan. Yela, kau tak kecewa ke duit kau susah-susah masuk pastu senang-senang dengan megahnya keluar? Masa tu, barulah terkedek-kedek nak buat ASB, simpan ***ratus sebulan.

Tapi sebenarnya terima kasih kepada babah sebab dialah buat aku buka mata. Even dia mempunyai aset yang banyak, duit dalam akaun yang pun banyak yang boleh telan air liur jugaklah aku tengok. Tapi dia masih mengamalkan cara lama iaitu menabung. Kalau menabung duit kertas aku boleh terima lagi, ni menabung duit siling sampai aku sendiri tak terangkat tabung katak babah aku tu tau. Memang jeles! So, aku pun sikit demi sedikit dah terbuka hati menabung. Pasal belum dapat lagi tabung Hello Kitty, tak apalah aku balun guna Tin Kosong SDII dulu, itu pon boleh bhaaa.. :D

Dan kini, baru aku terasa betapa bahagianya bila menabung ni. Lagi-lagi bila angkat tin SDII berat gila penuh dengan duit siling, weh memang bahagia. Tapi yang menjadi kusutnya sampai ke hari ini ada tak mana-mana kedai nak duit siling aku? Pasal aku dapat tahu bank zaman sekarang sudah demand tidak mahu duit siling. Haish bank ni menyusahkan aku betul. Dah ada kira duit siling auto nak jugak kira manual. So, akhirkata pada adik-adik akak yang comel ni,menabunglah demi menjamin masa depan anda. Jangan dok beli shawl je memanjang! :D



adios!




LIKE if SUKA, KOMEN if TAK SUKA ;)

5 comments:

dhiashahida said...

menanabung walau 50 sen sehari..sikit2 lama2 tinggi everest..ewahhh

shafiqabdshukor said...

sikit2 lama jadi bukit...
bila dah besar ni, saya suka simpan duit syiling... dah penuh je tin terus masuk bank..
kira menabung gak kan tu..

boni kacak said...

mohon salurkan sikit ke dalam akaun bank saya duit tabungan awak dengan ayah awak tu ye.hahahaha :P

Phat said...

bagus menabung ni..sesak2 leh korek hehe

Sanji Ngatmi said...

nak menabung mesti ada tabung .. tips dari budak suka menabung .. dah besar pegi bukak tabung haji .. komfem rilek ..

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com