Wednesday, September 12, 2012

Nak Berpolitik Pun Profesional lah Sikit Jangan Takat Tepuk Tapak Kaki Je..


Iklan sangat title entri kali ini kan. Boleh agak tak aku nak cerita pasal apa? Politik? Wah kau mentang-mentang dah nak mengundi akemainn lagi cepat je pikap kepala hotak kau kan. Memang pasal politik but it's more to pandangan orang tentang politik.

Kau pilih apa? Biru? Merah? Putih? Hitam? Okay tak payah cakap sebab aku pun tak nak tahu sebab benda tu private kan. Kita yang mengundi suka hatilah nak pilih apa kan. Tapi aku tak faham kenapa orang yang beria benar cakap pasal politik sibuk nak babitkan orang yang tak suka politik untuk berdebat pasal politik. Hello ? Are you deaf? Dah tahu orang tu cakap tak suka politik tak suka kes politik tak suka cakap hal politik then why kau nak paksa jugak? Aku boleh describe satu je, orang macam kau ni memang looser dan kau memang looser forever. Sebab kau memang suka menang tanpa bertanding. Kau dah tahu orang yang nothing dalam politik  takkan boleh debat apa yang kau cakap dan kau kutuk. Wehhh kau memang looser weh! Malu sehhhhh....

Lagi satu kenapa kau nak pertikaikan orang yang tak nak pergi mendaftar? Hello, aku tahu benda tu tanggungjawab rakyat Malaysia untuk memilih dan aku pun already daftar. Kalau dia tak pergi mendaftar, lantak pi lah dia. Yang kau sibuk nak cerita nanti Allah akan tanya dalam kubur tu kenapa? Yang kena tanya dia di akhirat nanti dia, bukan kau. Kenapa? Kau nanti nak wakilkan dia ke time dia kena tanya kat akhirat nanti? Eh tapi yang pelikkan, kau sendiri tak terfikir pulak nanti Allah akan tanya kenapa kau sesedap rasa mengutuk dan menabur fitnah kat mana-mana pihak pulak kan? Nauzubillah.

Lepas tu kenapa kau sibuk tanya orang kau pilih kaler apa dan apa? Kau tahu benda tu privacy dah tu kenapa kau tanya lagi? Tak puas hati, kau sendiri describe orang tu akan pangkah tuttt! Oh tengok raut wajah je dah boleh tahu ea? Hebat gila kau, bomoh sakai mana kau guna? Suka hatilah orang tu nak pilih merah ke, hijau ke, putih ke, biru ke, yang kau sibuk sangat apesal? Apa? Kalau dia pilih berlawanan dengan kau, kau nak debatlah? Dan kalau dia pilih satu pasukan dengan kau, kau pun nak buat pasukan sorak ngumpat sedunia lah??

Maaflah kawan-kawan blogger, memang blog aku ni bukan blog politik, tapi memang aku tak puas hati sangat orang macam ni. Bercerita ibarat pakcik-pakcik yang dok lepak kat kedai kopi bercerita politik sambil menepuk-nepuk tapak kaki masing-masing, haa macam tu lah. Aku tak marah kalau dorang nak meluahkan pendapat dorang nak kutuk PM ke, bini dia ke itu mulut kau. Tapi tolonglah hormat orang lain. Kalau suara kau berdua pun dah bergegar macam nak rak konon nak semua orang dengar cerita kau, lepas tu sibuk nak tanya itu ini time orang tengah berehat memang sorrylah. Pastu tak puas hati orang asyik baca novel tak layan dia, boleh pulak nak kritik novel apa yang orang baca. Kaulah manusia paling tutt sekali aku kenal. Kalau kau betul pengundi yang bagus, then time mengundi nanti kau pangkahlah mana kau nak. Jangan nak dok pungpang. Eh kemonlah, solat tak pernah tinggal kot bajet alim lettew tapi kalau bab ngumpat mana-mana pihak kemain lagi sampai terhangka-hangkat hidongg kau yang kembang tu macam tak cukup napass nak bercerita. Phuii!!





adios!


LIKE if SUKA, KOMEN if TAK SUKA ;)

3 comments:

Green Applez said...

ape bende yg kaler kaler tu? maklum la saya nie budak baru belajar~hehee

Lang Radzlan said...

setuju..sy ada kawan yg suka sgt hari2 debat pasal politik..aiyoo bila dia belah satu pihak..wlpun pihak tu buat baik mcm mana pun..akan tetap nmpk buruk pada pandangan dieorg..itu sebab kita kena jdi nuetral..x perlu taksub dgn sesuatu parti..bila kita neutral..kita akan lebih terbuka utk menilai mana2 pihak.. :)

SWEETSYAZA said...

Green Applez : itu baju raya..hehehe.

Lang Radzlan : Kann.. nyampah betul orang macam ni. rasa nak calarbalarkan kereta dia je.

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com