Tuesday, October 30, 2012

Review Filem : Paranormal Activity 4

Siapa dah tengok cerita ni? Eeee to be franklah kan, serious aku tak dapat menghayati dari awal hinggalah ke akhir cerita ni. Mana taknya, tutup mata selama 2 jam ditayangkan dan hanya melihat cerita di celah jari jemariku ini sahaja mana puas! Eh kau ni Syazaa nak memarah pulak, siapa suruh tengok dicelah jari? Salah kaulah bayar doblas hingget soh tengok cerita tu kat skrin sebesar-besar alam tapi kau memilih untuk bayar doblas hingget tengok di celah jari jemari kau yang gemuk tu sahaja. Padan muka! :D

Cerita dia? Hmm macam biasa, tak habis-habis dengan segitiga bulat bintang bulan bagai, apa lagi Freemason lah. Sampai aku terfikir, Freemason ni sebenarnya baik ke jahat? Pernahlah jugak time balik dari Dataran Pahlawan Melaka, time drive lalu depan bangunan Freemason, bangunan ni terbuka secara luasnya hari Sabtu malam Ahad depan Malacca Boys highschool, uik eksaited hakak nak tengok dalam bangunan masa drive tu, tanak perlahan pulak aku drive kan. Yelah, as we know Freemason ni pergerakan dia sangat rahsia. Kau yang berani cubalah ceroboh mana-mana bangunan Freemason kat Malaysia ni, mesti risiko kau terima sama macam mangsa cite Paranormal Activity, ekekee.

Tapi yang syoknya, Paranormal Activity 4 ini merupakan kesinambungan bagi citer Paranormal Activity 2. Ala hengat tak yang makcik Kate dia yang jahat tu? Kan last dia pi bawak baby Hunter (anak buah) dia larik? Rupanya kau, aku rasa dia pi umpankan si baby Hunter tu. Kalau tak kenapa dalam Paranormal Activity 4 dia hantar baby Hunter tu kat umah famili lain dan famili baru yang jaga baby Hunter ni pulak yang jadi mangsa korban? Huish dahsyat-dahsyat. Nampak tak? Nampak tak?

Ending? Haish jangan tanyalah, macam mana kau tengok Paranormal Activity 1,2,3 dan The Devil Inside, macam tulah ending dia. Kejahatan menguasai segalanya, yang baik selalu ditindas. Pastuh ending dalam dok-dok kalut tiba-tiba tup gelap rupanya dah habis. Bosan hakak, tapi yang bosan-bosan saspen-saspen nilah yang menjadi kegilaan kalau nak tengok wayang...wakakaka.  

Tapi best cerita ni, kalau sebelum ni kau tengok makhluk halus ni mengasari dengan menarik rambut, angkat baby,tarik-tarik orangkan, kali ni dia pakai hentak-hentak orang dari siling ke lantai. Patah tulang belakang aku cakap kau.  Tapi aku tak sure sama ada makhluk halus ini adakah makhluk yang sama dalam cerita Paranormal Activity 3 yang si Tobby tu. Kau tengok sendirilah kang pepandailah buat andaian sendiri. Eh jangan lupa share sini, aku pun nak tahu jugak sebab aku tak berapa faham sangat ponn..agagaga. So, selamat menonton!


adios!



LIKE if SUKA :)

5 comments:

~♥dieyba_baby♥~ said...

tapi saya rasa.. sinister lagi better kot..

zila manaf said...

yg 3 punya ta best hehe

Anne Nurain said...

terbazir dah tiket doblas hengget.. len kali suh orang sebelah ikat tangan syaza eh? hihihi..

boni kacak said...

hmm.. nanti saya nak try tgk la.

kyo_9 said...

eh..
x tengok yg Japanese version ke ntk citer nih? tapi sengal sket aa..

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com