Monday, October 29, 2012

Tragedi Oktober


Sebenarnya banyak benda yang berlaku dalam bulan Oktober ni. Ya, bulan Oktober memang tak sayangkan aku, sebab tu aku tak suka bulan Oktober. Asal masuk bulan Oktober je banyak benda tak baik berlaku macam last year. Siyes nyampah mak tahu! Then you know why kan why I'm not update-update too much my blog? Agagagaaa..oh my English sangat!

Bermula bila opis aku sendiri kena bom timing dari pihak atasan sampai melibatkan bos aku termasuk pegawai-pegawainya dan antara pegawainya pun mestilah aku pun termasuknya punn aduyaiii. Eh tak pasal aku kena tempias siap kerja part time aku jadi topik panas aku cakap. Perasaan? Eh kata powerpuff girl? Mestilah nangis 7 hari 7 malamkan aduyaiinya punn..muahaha! :'

Tapi jangan risau, hakak sekarang dah kembali hokeh! Meskipun sebelum cuti raya haji hari tu sempat kauu kena naik atas with my an executivemate buat kerja depan Dato',  tak kawen lagi lak tuh aku cakap kau. Spoil gila mood nak raya haji aku. Hilang segala kecomelan lembu yang sedang ditambat di bawah pokok kelapa depan rumah atok aku yang aku bayang-bayangkan selama ni...ngahaha :D

Lagi bertambah spoil bila ketua aku tamat kontrak dia jadi sebagai ketua pada hujung tahun ni.  Tambah pulak bos aku yang di bawah ketua aku tu pun kena tukar serta merta cuma tempat je tak tahu. Tak cukup tu, executivemate aku si Afiq pun kena tukar pi Kedah, jauhkan? Perasaan dia? Kompemlah suka pasai bini dia dah dok tunggu tercangok kat sana. Aku? Aku idok ler kena tukar pi Melaka, uit kalau dapat tukar Melaka, kompem aku dengan bangga reject offer yang baru aku terima ni.  Aku kena tukar pi fakulti je pun. Tapi sebelum mereka-mereka yang diciptakan tidak mempunyai hati dan perut ni nak tukarkan aku, aku awal-awal dah say bye-bye kat dorang..muehehe jahatkan aku? ;p

Begitulah konflik di pejabat aku sekarang ni. Lagipun, benda ni sebab orang dalam opis jugak yang canang, ala politik opislah orang cakap. Eh kemon, boleh ke manusia sekeliling kau tahu pergaduhan antara kau laki bini jika tidak ada salah sorang dari laki bini ni pi bagitahu kat orang lain? Kannn.. Jahat betul manusia dalam opis aku itu canang cerita yang bukan-bukan tentang organisasi sendiri sampai sanggup menjatuhkan bos sendiri sampai aku dan executivemate aku pulak kena tempias. Nanti kau dah bekerja jangan jadi macam tu tau. Eh berpesan pulak aku nih ponn kann....

Tapi apa-apa pun, mama pesan kita kena redha dengan dugaan yang diberi olehNya. Jika kita tak redha, maka lagi murkalah Allah pada kita.  Lagi besar dugaan yang diberi dan kita redha lagi besarlah hikmah yang kita bakal dapat disebaliknya. Insya Allah. And see? Selepas penat jadi powerpuff girl nangihh 7 hari 7 malam, maka dapatlah berita gembira yang aku rasa tak sampai separuh dari bulan Oktober pun. Apakah? Syhh..kita sambung nantilah, penat hakak menaip ni.


adios!



LIKE if SUKA ;)

3 comments:

D i n said...

macam tajuk lagu wing lak tragedi oktober haha :D

Anne Nurain said...

mulut manusia susah nk tutup kan? hehe.. btw, follow cni.. blog ni best la.. hihi..

boni kacak said...

uish..sampai nak jatuhkan bos sendiri?? pelik tu. kalau bos jatuh , company tak running, dorang nak kerja apa tu? pelik2 je la

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com