Thursday, November 8, 2012

Aku Si Mangsa Banjir

Sekadar gambar hiasan sumber pokcik Google
Mari bergelak beramai-ramai melihat tajuk entri pada kali ini. Macam tajuk buku cerita..huehuehue! Lazimnya, pada setiap hujung tahun jika hujan mesti akan berlakunya kes banjir. Dan menjadi mangsa banjir adalah orang-orang yang memang dah tahu rumah dorang akan banjir. Tak payah cakap, tak payah announce, tak payah bagi amaran, dorang awal-awal dah kemas barang letak barang-barang dekat tempat lebih tinggi untuk berjaga-jaga dengan banjir.

Ini aku nak cerita pengalaman akulah kan, kau ingat aku tak pernah kena jadi mangsa banjir ke? Pernah tahu masa aku tinggal di Alor Gajah dulu. Banyak kali pula itu. Haaa siapa sini orang Alor Gajah? Mesti tahu kan taman perumahan mana aku maksudkan? Syhhh..diam-diam ea, biarkan orang yang baru nak jadi orang Alor Gajah duduk kat taman perumahan tu dan sekaligus menjadi mangsa banjir. Biar dorang rasa! Biarkan dorang rasa cemana kena banjir dan cemana dapat duit! Tanak kejam pulak ayat aku ni..ekeke.

 yes, rumah-rumah ni sederet dengan rumah aku, selang berapa rumah je. 
Macam nilah keadaan dia, tapi ini berlaku 2011, so time ni akak dah tak merasa banjir lagi dahh...hehe.
 
First time berlaku pada tahun 2006 jam 2 pagi, masa tu aku dan famili baru balik dari bercuti kau tahu kat Langkawi sana sebab ada famili day UiTM. Kitorang satu famili balik dan pelik kenapa jiran-jiran park kereta kat depan taman perumahan? Kenapa mereka tidak memilih untuk park kereta di rumah sendirik? Bini halaukah? Ok fine tak lawak aku tahu. Rupanya adalah seorang Hamba Allah ni gtau, rumah naik air termasuk rumah kitorang! Aku masa tu dah terbayang-bayang bilik orenkuh yang ceria dikelilingi barang-barang comel dan teddy bear besar gedabak ditenggelami air. Hancur musnah!

Walaupun penat balik dari Langkawi, tapi kitorang gigih jugak redah air sebab kitorang baru teringat kereta lagi satu park kat rumah. Kompem tenggelam! Ah memang tenggelam pun. Bukak pintu rumah, masuk tengok periuk yang sambut kitorang. Siap bergelek-gelek lagi periuk tu terapung atas air, sadis gila! Ok dipendekkan cerita, kitorang pun terus kemas dan amik barang-barang yang dah terapung-apung tuh. Dah siap kemas, sementara trak sampai kitorang stay depan rumah kitorang yang tak kena tenggelam air lagi. Jam 5 pagi barulah trak sampai selamatkan kitorang.

Dewan MPAG, penempatan sementara untuk kami berebut-rebut dengan mangsa lain.
Sangat crowded ok. Sumber : Blog ZahirZainuddin
Tinggal di penempatan sementara di dewan orang ramai memang mencabar mental kau. Dengan berasak-asaknya, eh macam-macamlah. Tapi nasiblah masa tu mama staff UiTM, soUiTM agak mainkan peranan disitu ya untuk membantu kami yang tak cukup penat balik dari Langkawi, penat redah banjir lagi, penat berasak-asak chopp tempat tidur lagi. Maka diberikan kepada kami rumah tetamu UiTM, dua tingkat pulak tu memang rumah tu macam kitorang punya. Tak cukup dengan tu, asal turun je nak pergi dapur mesti ada penambahan makanan-makanan kat ruang tamu. Sampai tak larat nak habiskan. Yang paling terasa, siap ada orang dermakan baju lagi kat kitorang. Yelah baju kitorang dah tenggelam dengan air, pastu baju dari langkawi semua tak basuh lagi. Mana nak cekau? Memang sadis gila weh.

Tapi sekarang dah tak tinggal lagi dekat taman perumahan tu. Dah tiga atau empat tahun kot kitorang satu famili berpindah ke Bandar Melaka. Salah satu reason pindah sebab tak larat redah banjirlah,hehe. Tapi asalnya sebab mama dan babah kena pindah tempat kerja di Bandar Melaka. Even dah duduk di kawasan yang okay dan mungkin tak kena banjir, tapi if tengok mangsa banjir kat TV, aku pun terasa jugak. Terasa tu bukan aku sentap, tapi terasa sedih. Halahhh..kenapa BM aku broken gila nih? Hei BM kau ni lepas ke tak nih time SPM? Pada adik-adik yang tengah amik SPM, buat betul-betul untuk BM ya, even dah lepas tak apa nak nasihatkan jugak. Kalau agak-agak macam tak buat bagus untuk BM hari senin ritu, tak apa exam JULAI kan ada...muehehe!


adios!



LIKE if SUKA, KOMEN if TAK SUKA ;)

4 comments:

aniqbukhary said...

Apa boleh buat! hehe

zila manaf said...

alahai sian...awk pa ceo ke? sy dh resign sbb leceh sgt hihi

boni kacak said...

ni pengalaman mahal ni awak... tk semua orang dapat rasakan...

Anne Nurain said...

sian kat mangsa banjir..
sy x pernah ada pngalamn banjir2 ni.. hehe..

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com