Tuesday, November 13, 2012

Review Filem : Istanbul Aku Datang!


Macam biasa mukadimah untuk segmen review filem, mestilah kena bertanyakan soalan.  Siapa sudah menonton filem yang sangat comel ini? Oh comel kan? Sumpah comel sebab ada Lisa Surihani. Cuba kalau heroin dia bukan LS? Aku rasa filem ini tak akan secomel sampai macam ini walaupun hero dia ermm Beto Khushairy? Haa Tomok?? Boleh berlakonkah dia? Eh kau, walaupun hero cerita ni tak adalah sehensem Aaron Aziz tak semacho Shaheizy Sam tapi tak bermakna cerita ni 'tak jalan' dekat panggung tahu. 

Jika kau tanya aku, maaflah aku sumpah tak layan filem Melayu ni. Bukan aku antara orang yang jenis tidak menghargai karya seni tanah air, tapi kita bayar mahal so mestilah nak tengok cerita yang buat kita wow-wow gitu khenn. Biarlah harga tiket itu setanding dengan kualiti filem yang ditonton. Sudah Syazaa, kau tahu tak statement kau ni sebenarnya membinasakan bangsa kau sendiri? Sedih betul aku tengok diri aku sendiri...muahaha!

Tapi! Walaupun begitu aku punya prinsip bila tengok wayang, tapi untuk filem Istanbul Aku Datang nih aku tak tahu kenapa ya aku macam berminat pulak nak layan. Sebab tengok trailer dia macam sumpah comel dan kelakar. Tapi ya, tidak membazir duit beli tiket filem ni sebab memang berbaloi. Memang aku rasa kalau keluar dekat Astro First pun aku nak beli! Nak tengok sampai lebam. Nak gelak sampai terbungkang. Okay serious tak tipu. Those yang tak tengok lagi dan berprinsip macam aku cerita Melayu borrringgg better tukar persepsi anda sikijap dan pi tonton cerita ini. Memang berbaloiii!



adios!



LIKE if DAH TENGOK, KOMEN if TAK SUKA TENGOK :)

6 comments:

zila manaf said...

wahhh semua respon mcm ni kan....nk tguu downlod je leh? hehe

Anne Nurain said...

semua ckp cite ni best.. x sbar nak g tengok.. hihi..

boni kacak said...

wah.. kalau awak cakap macam tu, mesti best ni

SWEETSYAZA said...

@zila manaf /: haa idea yg bagus pon bolehhhh...ehehehe.

@anne : aah cerita ni memang best. sumpah best..kelakar tak hengat.

@boni : yup sumpah best! donlod cepat!

Siti Nurhuda Husna Zulkarnain said...

Belum tengok lagi. Tapi memang cadang nak tengok sebab trailer dia comel.

Tak sabarnya! Tak sabarnya! (tiru Lisa) ;)

SWEETSYAZA said...

hehehe..kannn.. dia memg comel awk

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com