Monday, December 3, 2012

Ho Ho Holidayy in Langkawi

By the way kesinambungan dari entri birthday hari itu, esoknya selepas itu aku, adik, mama dan babah telah pun berlepas ke Pulau Langkawi dengan selamat dan jayanya. Sebenarnya Pulau Langkawi ni bukanlah lokasi sebetulnya kami nak bercuti. Pada asalnya nak pergi Sarawak pasal dak Iwan masa dua tahun lepas tak ikut kitorang pi bercuti sana so kira nak bawak dia pi sanalah. Tapi pasal kali ini pun dia sekali lagi tak dapat ikut, pasal dia nak jadi student yang bagus nak maintain pointer dan full attendant kelas jadi nak tak nak terpaksa Pulau Langkawi menjadi lokasi percutian kami kali ketujuh. Ah poyolah.

Tapi yang kesiannya, elok petang tu kitorang selamat sampai di Langkawi, Iwan pun call mama dengan nada sedih. "Mama, Iwan geram arr lecturer Iwan cancel kelas last minute!"

Mama pun balas "Datanglah sini, sempat lagi mama nak book tiket flight balik KL nanti"

Iwan pun dengan gusar membalas kembali "Pergi sana naik bas dan feri? Tanaklah! Nanti kang kena culik! Tak apalah biar Iwan lepak dekat rumah dengan Baby, kesian Baby" Erm okay. Alasan yang sangat tak pernah dibuat orang. =.="

Orasa macam melampau pula nak bercerita karenah adik lelaki aku tu. Buat apa cerita pasal dia sampai dekat dua perenggan? Kalau karangan ni kena semak dengan cikgu BM, kompem kena tolak  10 markah dekat bahagian pendahuluan pasal lari tajuk. Ok berbalik pada tajuk entri, kami 1famili pon selamat sampai di Langkawi pada jam tiga petang ke empat petang ntah..haha aku pun lupa!

So sesampai di sana, planning asalnya just nak sewa van langkawi yang dok mundar mandir tengah jalan tuh. RM1/kepala pedehal untuk tiga hari kan? Tapi sampai sana, babah cakap sebab bawak birthday girl dua orang (me n adik coming birthday girl) so tukar planning untuk sewa kereta pula. Jadi atas persetujuan bersama, erm tak adalah bersama kot sebab aku tak tahu menahu pun,hehe. Jadi mereka pun setuju sewa kereta macam mama pakai pi ulang alik kerja cik Vios sebanyak RM260 untuk tiga hari siap minyak aku cakap. Tapi pasal cik Vios dah kena amik, terpaksa amik cik City add RM20. Oklah berpatutan, aku tengok famili lain kemain sewa Alphard, BMW, Mercez bagai lagilahhh... Phew-phewww! Mentang-mentang sewa murahhh kemainnnn.

Budak kat belakang tu kau jangan tanya dia tengah tengok apa. Dia memang macam ni, biarpun kali keenam ketujuh dia datang Langkawi pun dia akan tetap tengok peta Langkawi dengan penuh teliti. Tidak mempedulikan langsung orang sekeliling. Ok, see? Nampak tak? This pondok rental car ni sangat dekat dengan tempat nak amik bagasi. Setelah amik bagasi sekijapan kau akan nampak tempat rental car ni. Murah wehhh 50% diskaun I tell you.

My fans waiting for me outside there... 
Waiting for Syaza Ibrahimian, peh bajet kau Kim Kardashian?wakaka >_<"

Paparazzi berada di mana-mana. Penat hakak nak senyum. Ok, euww..haha.

"Stop taking my photo" kata Syaza Ibrahimian sambil berjalan dengan laju dan wajah penuh serius. Euwww-euwww!!! ;p

Pengembaraan percutian Upin Ipin bermula..yeayyy!

Maka inilah hotel dimana kami menginap selama 3 hari 2 malam. Notbadlah even 2 stars je pun sebab bilik dia comeyy gila. Ada ke babah cakap ini hotel datuk siti punya? Ok nak gelak pun ada.

Ini bilik hotel kitorang (adik n i) yang lama sebelum adik sendiri pi kaunter hotel ngadu aircond panas..huahua berani punya budak, sedangkan aku rasa sejuk je.

Disebabkan pihak hotel tamoh dengar bebelan adik, so cepat-cepat mereka bermurahkan hati berikan bilik yang sangatlah sejuk aircondnya aduyaiiinya ponnn...dannnn!

Dan-dan pulak time aku tangkap dia dah habis kemas barang angkut bilik sebelah, dia pun dok tunding jari kat aku sambil berkata:
"Kau patut bersyukur tau dapat adik yang berani bersuara cenggini" Lorhhhh? :D

Comel gila kan bilik ni? Senang aku nak bergusti dengan adik. "Iwan nasib baik kau tak jadi datang Langkawi kalau tak, semak sempit doee..." muahaha dajal punya kakak.

Kau tengok, comel nak mampus punya TV bilik hotel ni. Otomatik masuk bilik ni terhengat pameran bilik kat IKEA, pehal?


Bersambung dan terus bersambunggggg!!!
adios!



LIKE if SUKA, ;)

8 comments:

Nelly Strange said...

syoknya dia !!

opps , cntik blog ! ^^

boni kacak said...

bestnya dia.. tak ajak saya pung... sob3.. :P

zila manaf said...

dh tu tak reti nk bg buah tgn? ahakkk

SWEETSYAZA said...

@nelly starange : seronokkk..bestt sebab lama gila tidak bercuti sakan begini...hehe.

SWEETSYAZA said...

@boni kacak : haha..motif nak ajak???

SWEETSYAZA said...

@zilamanaf: eh ada ni hah, meh ler datang Melaka, kita bagi awak. bukan takat buah tangan je, buah kaki pun bagi..hihik. gurau2.

NMH said...

wah bestnye holiday kt langkawi..lame xjengah sane..hii

NMH said...

wah bestnye holiday kt langkawi..lame xjengah sane..hii

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com