Sunday, December 23, 2012

Perjalanan Mencari Kekuatan Diri


Waktu berganti waktu, hari berganti hari
Diri ini masih di sini
Memikirkan apa yang bakal terjadi.
Ingatan memikirkan masa depan.
Bolehkah aku menghadapi realiti? Bukan fantasi?
Aku buntu. Apa yang harus ku lakukan di saat ini?
Namun kuasa Allah mengerti apa yang tersirat di sebalik perasaan HambaNya ini,
Diberikan teman yang memahami
Sedikit sebanyak memberi kekuatan pada diri.

Aku percaya diri ini tidak akan maju sendiri
Jika tiada usaha dari diri demi menghadapi realiti
Aku tahu aku perlu berusaha untuk menggerakkan diri demi mencari kelebihan diri
Teman yang memberi kekuatan pada diri ini aku luahkan segala keluhan di dalam hati
Agar segala keresahan di dalam hati beransur lega kembali.
Namun aku tahu dia hanya manusia sejati
Perubahan sikap membuatkan aku menangis di dalam hati.
Ya Allah apa yang Kau cuba duga kepada ku hari ini?
Aku tahu menangis bersendirian tidak memberi sebarang erti.

Hari ini, pagi ini dari detik ini,
Aku nekad, aku nekad aku akan berusaha sendiri
Mencari lagi kelebihan dan keistimewaan diri
Yang penting aku menjadi diri sendiri.
Kepada teman yang selama ini memberi kekuatan pada diri,
Selamat tinggal aku sudah menerima realiti
Terima kasih segala usahamu selama ini.
Ternyata hidupku cukup bertuah lagi bermakna
bila Allah sahaja yang sebenarnya layak mendengar segala keluhan di hati.


2 comments:

boni kacak said...

awak...banyakkan bersabar dengan dugaan dariNya... awak kena kuat. kerana Allah hanya akan selalu menguji hambaNya yang Dia sayang untuk mengetahui sejauh mana ketabahan dan keredhaan hambaNya itu.. itu tandanya Dia sayangkan awak.. awk kena kuat dan tabah hadapi ujian itu.. dan, awak tak keseorangan sebenarnya dalam menghadapi ujianNya itu kerana Dia sentiasa berada di sisi awak... mohon bantuan dan mengadu kepadaNya. Dia sentiasa ada dan mendengar..

ejulz said...

smoga sentiasa mendapat kekuatan dariNya.. mulakan 2013 dengan penuh kekuatan.. :)

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com