Tuesday, December 18, 2012

Review : The Hobbit An Unexpected Journey

Petang tadi aku sudah merajinkan diri pergi tengok movie bersama adik beradik ku di AEON Bandaraya Melaka. Perjalanan yang mengambil masa cuma lima minit membuatkan aku hanya berdandan ringkas sahaja. Melihat orang lain semua cantik-cantik berjalan di dalam AEON menyebabkan hati aku terdetik "Ni mesti bukan orang luar Bandar Melaka ni. Yelah, dok luar bandar Melaka nak datang AEON jauh, mestilah nak jalan ke bandar kena cantik-cantik" sedapkan hati. Huahua.

Berbalik pada cerita, asal tujuan datang AEON sekejap nak bayar duit dua berokband Celcom dan bayar duit telefon mama je weh, yelah sebab mikir si Baby tinggal kat rumah sensorang kesian pula kang si kucing itu. Tapi kuasa Tuhan siapa yang tahu apabila kehendak melebihi dari keperluan. Tengok poster The Hobbit dah buat hatiku memberontak terus menarik kedua tangan adik-adikku pergi ke kaunter tiket nak tengok The Hobbit. Berbekalkan duit hasil makeup tunang Jumaat lepas, maka berjayalah aku tengok cerita itu.

Sebelum tengok cerita ni, aku nasihatkan kau bawaklah minyak urut dan baju sejuk pasal cerita ni mak aii punyalah lama, aku rasa dekat tiga jam kott. Masuk pukul tiga keluar pukul enam, apa cerr? Dalam hati dah dok terbayang betapa kesiannya Baby di rumah sorang-sorang lepas tu terus bersyukur nasib baik tergerak nak solat Zohor dulu sebelum keluar kalau tak, memang tak sempatlah memang rasa macam berdosa ya amat sebab tinggalkan solat semata-mata tengok movie. Hihihhi.

Bilbo Baggins

 Tengok benda ni sumpah teringat Tobby citer Harry Potter. Tapi dalam The Hobbit ni makhluk ni kelakar dan jahat. Nyampah hakak tengok dia!
 
Macam biasa, kalau namanya pun omputih buat cerita memang terbaikkkkk. Pahtuh pelakon pun ada si Dumbledore (pengetua citer Harry Potter) tu kan lagilah bertambah best cerita ni,hewhew. Cerita dia pasal Bilbo Baggins yang turut serta dalam pengembaraan pencarian untuk rebut balik kerajaan Dwarf yang sudah ditakluk oleh Smaug si naga. Bilbo tak sangka dia bertemu dengan penyihir Gandalf The Grey dan bergabung! dengan sekumpulan kurcaci tiga belas yang dipimpin oleh prajurit legendaris, Thorin Oakensheild. So, dari situlah bermulanya pengembaraan yang penuh bahaya yang di alami oleh si Bilbo itu tadi. 

Memang best serious tak tipu. Memang wajar kau orang pergi dan menjadikan The Hobbit ini sebagai cerita yang wajib ditengok bila pergi ke wayang. Jangan risau cerita ni tak ada terperanjat-terperanjat. Cuma ketakutan sahaja. Tapi jika melihat ending dia, mengikut firasat aku mesti ada kesinambungan lepas cerita ni sebab ending dia memang memusykilkan. Siapakah makhluk yang wujud disebalik timbunan duit emas itu? Jeng jeng jenggggg!!!


adios!



LIKE for THE HOBBIT!

2 comments:

FatinFirdaus said...

tak sabar nak g tgk.. ;)

boni kacak said...

perh..macam best je ni..hehehehe

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com