Monday, December 10, 2012

Review Spa : Nu-della Spa Shah Alam

Salah satu tabiat aku tiap bulan adalah pergi spa. Saya ingatkan, saya bukan jenis banyak duit yang asyik nak jaga kecantikan memanjang ya para hakak dan para hadek sekalian. Tapi memang lazim tiap bulan mesti muka ni nak pekena cuci dengan tangan orang lain. Oh ndak tahu kenapa.

So, bila tinggal di Shah Alam dulu aku selalu pergi Nu-della Spa, yang terletak betul-betul atas Fareeda, atas Sugarscarf. Planning asal, nak cari tempat cuci muka yang cika-cikai je sebenarnya, yelah bajet ciput kan dalam RM20 camtu nak cuci muka haha sadis gila. Tapi tak tahulah macam mana satu hari boleh ter'google terus terjumpa spa muslimah ni. Ya, spa muslimah, tempat macam inilah aku cari selama ini. Nampak je berkonsepkan spa muslimah, terus call buat appointment nak cuci muka. Hilang segala bajet pasal nak pi spa muslimah punya pasal.

Pertama kali jejak dalam Nudella Spa ni, terus jatuh hati! Konsep kemelayuan dan kebalian yang diketengahkan dalam spa tu betul-betul meragut seluruh hati dan jantungku! Dengan lagu klasik Melayu instrumental yang dialun-alunkan, huu serious kau macam tanak balik rumah. Hati ni memberontak je nak bagitahu makcik tu nak tumpang tido, kalau boleh bagi sewa memang nak sewalah! Haha. Tapi serious, bila pertama kali masuk sini terus tak ada nak google cari spa lain dah. Terus nekad nak spend RM45 sebulan untuk cuci muka di Nu-della Spa. Kalau selama ini aku cuci muka RM20, tapi untuk Nudella Spa takat add lagi RM25 tadehal lah.




 Antara dekorasi dalaman Nudella Spa
Nudella Spa ini dimiliki oleh seorang wanita yang berumur yang sangat comel dan sangat ramah. Memang terserlah habis sifat keibuan dia bila berborak dengan makcik ni. Disebabkan kekangan untuk memiliki pekerja muda belia, selalunya makcik nilah yang layan aku time datang. Kadang-kadang dia seorang je kat spa. Kalau nak tahu, Nudella Spa sediakan pelbagai treatment untuk para pelanggan. Part paling best untuk yang bergelar student. Para student UiTM & UNiSEL sekalian bolehlah korang terjah Nudella Spa ni time hari Rabu sebab pakej untuk student hanya available pada hari Rabu sahaja.

Salah satu promosi Nudella Spa

Bulan 10 hari itu pun sempat pergi ke spa buat kali terakhir. Bayangkan dari jam 11pagi sampai 5 petang aku kat sana. Oh permaisuri habis! Dan kalau lepas ni aku rajin datang Shah Alam buat treatment kat Nudella Spa mengikut Radeem Card ni, aku dapat 50% diskaun untuk apa-apa treatment! Bestkan? Tapi bilalah dapat ke Shah Alam lagi. Haish tengok, tiba-tiba rindu kat Nudella Spa. :') Untuk akhir tahun ni, Nudella Spa buat promosi untuk bakal ratu sehari. Bayangkan pakej full treatment untuk pengantin dari RM 4xx terus jadi RM 2xx !!! Woww!!!  So, pada sesiapa orang Shah Alam kat sini yang nak kawen atau nak cuba kelainan bolehlah try Nudella Spa yang berkonsepkan muslimah spa ni.


adios!



LIKE if SUKA Nudella Spa Shah Alam :)

5 comments:

Anne Nurain said...

wahh mcm best je pegi spa..
sy x pnah pegi lg.. hehe..

boni kacak said...

lelaki boleh masuk tak??

j.e.h.a.n. said...

bestnya kalau dpt pegi..tiap bln berazam nk pegi facial tp ada je nk berabih ke benda lain..hehe

dayteenlea said...

seronoknye

Anonymous said...

Best. Dh jd regular cust kt c2. Makcik peramah & xketerlaluan offer package macam spa lain. Lagu2 zikirn nasyid mendayu2.. Wah bestnya.. Hehe

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com