Saturday, December 8, 2012

Trip to Langkawi : Cable Car

Kemalasan menyambung cerita dari entri sebelum ini mula melanda apabila asyik mengupdate entri blog mekap sendiri. Tapi sebelum bermula, nak minta maaf kepada babah saya yang disayangi. "Babah, along mintak maaf sebab terpaksa hupdate citer Langkawi kat dalam blog even babah awal-awal dah warning jangan update. Jangan risau along takkan muatnaik gambar babah yang bukan-bukan,pomish!"
Muehehe!

Pada hari kedua, kami sudah nekad untuk berjalan sehari suntuk sampai penat kaki kau aku cakap. Yes, we did it! Selepas bersarapan di kedai mamak yang tersangatlah sedap garing roticanainya dan kawww gila nescafe panasnya, kami pun memulakan ekspidisi dengan menuju ke Langkawi Cable Car yang terletak di Gunung Mat Cincang. Untuk pengetahuan umum, sepanjang di Langkawi aku telah menjadi pemandu pelancong rasmi bagi Ibrahimian's Family. Syazaa, sudah berapa kali ku ulang jangan letak 'ian' di akhir perkataan Ibrahim. Kau dan keluarga tidak sepopular keluarga Kardashian, sila jangan perasan. Hewhew.

Menuju ke pergunungan Mat Cincang omaigooddd gila senang. Peringatan untuk semua, sila jangan gusar jika berada di Langkawi sebab segala signboard di Langkawi sangat tepat lagi hebat! Meskipun sudah masuk 7 kali ke sana tapi aku tetap memerlukan signboard untuk dijadikan pandu arah. Ya, otak aku dah lama tak makan kismis pasal tu aku tak hengat. Haa gelak kau, gelak kau. Mentertawakan kelembapan otak orang lain adalah tidak bagus tahu.

Pasangan bahagia menikmati suasana bersama,ececehhhh..

Kak Syazaa tunjuk peace =="

Sila mengaku kau bukan Anak Kedah sebelum kau dioperasi sebegini.
Ok tipu, kalau nak tiket cablecar separuh harga sila tunjuk IC semasa pembelian tiket :)

Panduan sebelum cablecar bergerak lebih jauh, sila baca doa naik kenderaan :D

Supaya di pertengahan perjalanan diri berasa tenang dan bolehlah feeling-feeling begini. Ekekekeee

Dan juga feeling diva begini. LOL

Langkawi Cable Car kan ada 2 perhentian, tapi kitorang tak berhenti perhentian pertama kitorang terus zupp ke perhentian atas sekali pasal adik nak jumpa kawan dia.

Inilah kawan adik, Fatimah Roslan. Seksi dan cantikkan dia? Sangat jeles!

Bila sudah berada di atas, marilah kita bertangkap gambar.

Sudah turun, marilah naik kereta kuda dengan bayaran RM3 seorang.
Ku pikir jauhlah dia bawak, tapi harreemmm aku jogging 1round padang skola pun jauh.

Sebelum menuju ke destinasi seterusnya, mari makan di kedai sini.
Sedappp gila dan bersihhh gilaaaaaaaaaaaaa :)


Ok ingatkan harini nak update semua tempat, tapi macam terlampau banyak.
Jadi bersambung lagi ya.
adios!




LIKE if SUKA ;)

1 comment:

AL AZRUL said...

Babah bca blog ni nnti, hbis la awk, he3..
bila smpi punck gnung Machincang ni mmg best, wlu pun gayat skit, :)

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com