Wednesday, January 23, 2013

Hari Kedua : Hari Ini Hari Seronok Sedunia

tiga pekerja kilang tangkap gambar bersama :D
Finally aku dapat jugak release stress dan tension bila keluar dengan kedua-dua adik nakal aku; Ewan, Mia dan Atul (bf Mia). Banyak kitorang lakukan together-gether even masing-masing datang naik kereta masing-masing akibat nak setelkan hal masing-masing sebelum lepak-lepak together. First, adik Mia dan Atul oredi sampai di Mahkota Parade sementara aku dalam usaha nak memonteng, astagha Syazaa-Syazaa..haha. Then dapat call dari Ewan cakap dia dah habis kelas dan tengah otw balik Melaka. Ok chopp! Sebelum si Baby terbau asap kereta di rumah baik suruh dia lencong ke Mahkota Parade boleh tengok movie sama-sama adik beradik. 

Akhirnya aku sampai dulu di Mahkota Parade, akibat kebulur ajak adik teman aku makan kat Chicken Rice Shop. Adik membebel sebab kameja jeans aku pakai sama dengan dia, ah pedulik haper. Oh Atul dimana Atul? Dia awal-awal minta diri nak pergi ambil adik dia dari sekolah dulu. Then, tak lama kemudian Ewan sampai. Aku dan Mia pulak terkejut! Pasal dia punya kameja sama warna dengan kitorang! Light blue sehh. Jalan bertiga macam boria ada macam staf kilang ponteng kerja pun ada, hamek kau! xD

Lepas makan, terus lintas pergi Dataran Pahlawan nak tengok movie. Pergi gedik-gedik tangakap-tangkap gambar dekat kotak gambar (sorry aku lupa apa nama menatang tuh) sementara tunggu Atul balik dari hantar adik dia ke rumah. Muncul je Atul, terus pergi tengok wayang citer MAMA. Mula-mula nak tengok citer 3AM, then tak adalah pulak kan..tengok cerita MAMA. Dorang dah terpinga aku pilih cerita tu sebab dorang nak tengok cerita seram. Nasib baik aku sempat kerling review citer MAMA kat Meletop malam tadi. Even MAMA, namun cerita ini seram okeh jangan pandang sebelah lubang hidung, tolong!

Setelah menjerit-jerit bagai nak gila dalam wayang, aku ajak dorang gi Jusco pasal aku suka padini jusco then padini dataran pahlawan..eh? macam pelik pulakkan, ada lak beza-beza bagai. Sampai Jusco, Atul minta diri sekali lagi nak pergi kerja kat Kenny Rogers yang terletak di ground floor Jusco sebab dah pukul 6pm. So, kitorang teruskan ekspedisi. Lepas puas beli kasut di padinni pergi pula POLO Haus. Peh, memang haus, haus duit aku keluar dari kedai tu tapi nasib baik puas hati setelah berulang alik masuk keluar dua kali. Habis penat, dua adik merengek minta perut diberi makan. Dasar kuat makan dan dasar perikemanusiaan dan sebab aku kakak yang baik, aku ajak pi Kenny Rogers tempat Atul bekerja tapi sebenarnya dengan harapan dapatlah diskaun,hewhew. Peh, memang pun weh aku keluarkan duit RM13 je pasal lagi separuh Atul belanja guna kad diskaun dia. Thank you Atul , dah lulus jadi adik ipar ni hah :)

Setelah penat mentekedaghah di KR, berbual-bual akhirnya minta diri sebab jam dah pukul 8pm. Balik rumah babah kerling beg plastik aku bawak. Nasib baik dia tak tanya kalau tidak mesti babah terasa tergugat bila ada saingan cuba menyaing dia (korang takyah faham,biar aku faham sendiri hihi). 


Adios!


LIKE if SUKA :)

1 comment:

boni kacak said...

ni yang membuatkan saya nak cancel tengok filem mama ni..hahaha

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com