Monday, January 21, 2013

Hari Pertama : Emosi

Lately macam-macam yang berlaku dekat diri aku, ada yang manis ada yang perit tak kurang juga sakit. Lately juga aku selalu mimpi yang bukan-bukan yang menakutkan yang menyeramkan. It happens sejak arwah atok ayah meninggal hari Jumaat lepas (11 Januari 2013). Oh itu bukan bermaksud aku salahkan arwah atok ya, bukan-bukan. Maybe ia lebih kepada perasaan dalam diri aku. Memang tak dinafikan since arwah atok meninggal aku banyak menangis, tapi menjadi okay bila hari ketiga atok meninggal.

Then balik ke Melaka macam biasa terjadi pula satu masalah dan dugaan yang tersangat-sangatlah beban bagi diri aku sendiri. Masalah yang sangat beban menyebabkan aku demam terlampau panas sampai berlakunya migrain teruk yang tersangat teruk. Aku sendiri pun tak pernah rasa migrain seteruk macam tu even aku sendiri tahu aku ada migrain since belajar diploma lagi. Menjadi teruk bila aku ditahan di hospital. Sebenarnya aku kena tahan lebih lama tapi atas permintaan sendiri, doktor dengan berat hati lepaskan jugak.

Dari situ aku tak ubah macam orang gila. Kejap menangis kejap gembira. Menjadi teruk bila aku selalu push orang untuk turut kehendak aku. Aku akan jadi stress dan tertekan bila orang tak nak ikut kehendak aku. Scary kan? Yes sangat scary. Sepanjang itulah, aku selalu mimpi yang buruk-buruk..hmm takut. Ya, aku sendiri perasan aku pun takut. Sekarang aku banyak fikir masa depan, what happen to me n myself bila benda ni berlarutan sampai bila-bila? 

Dari apa yang aku tengok di Internet, aku terlampau banyak tertekan. Perasaan muram, murung, banyak bersedih, menangis, termenung membuatkan aura negatif dalam diri terlebih banyak sudah dari aura positif. Tetapi, bila aku pergi mekap orang or jumpa kawan-kawan aku macam jadi diri sendiri. Maybe perasaan suka mekap orang dan gembira jumpa kawan tu menerbitkan aura positif, yeah maybe. So aku terpaksa lakukan benda-benda yang aku suka la kott berbanding tak suka. Tapi aura positif dalam diri can become negatif bila benda aku suka tidak dituruti atau tidak dapat dilaksanakan hingga aku stress dan akhirnya ia menjadi negatif dalam diri. Hmm sadis gila, ini apa yang aku cari dan baca di Google tau bukan aku pepandai menokok tambah.

So hopefully, after this aku akan menjadi seorang yang positif. More positive! Doakan aku :)


1 comment:

Nur Atiqah said...

Salam syaza , tiqa faham apa yg syaza rasa sbb tiqa pon penah jadi mcm tu infact sekarang still berperang dgn perasaan sendiri. bila tiqa kehilangan salah sorg keluarga angkat (adik lelaki) raya lepas, satu family tertekan ! tiqa ngn adik2 tiqa yg lain mcm tak boleh terima sbb baru je mesej dgn arwah, baru je ckp dgn arwah . suara arwah terngiang2 smpai mimpi2. smpai sekarang rindu arwah . bila arwah pergi, baru tersentak yg hidup ni sekejap aja, bila2 Allah boleh tarik nyawa kita , semua yg berlaku ada hikmah, benda yg berlaku ni byk mengubah cara hidup tiqa..

well, harap syaza kuat dan berfikiran positive. tamo pk bukan2 / stress nnt jatuh sakit :)

btw, dah email u pasal admin group tu :)

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com