Friday, January 25, 2013

Review Filem : MAMA

First time dengar tajuk filem ni dah tergelak. Yelah, satu perkataan empat huruf tersangat-sangat general sampai aku pun tertanya-tanya cerita apakah ini? Sampailah time bukak Meletops malam tu, aku sempat jugaklah tengok review filem ni. Oh filem scary kau sumpah aku duduk dalam wayang tengok celah jari sahaja percayalah tapi pada permulaan cerita jelah. Maka pada hari Rabu petang aku telah membaikkan hati aku belanja si Iwan, Mia dan Atul (bf Mia) pergi tengok wayang. Asalnya nak tengok 3AM tapi tak ada pulakkan so tengoklah citer MAMA.

Filem MAMA ni not bad sebenarnya, memang seramlah. Iras-iras Paranormal Activity pun ada. Cuma tak nampak macam Paranormal Activity sangat bila dia tunjuk hantu @ MAMA tu, adoii dah spoil mood seram-seram. Kalo scary tak apa, dah la kurus meleding muka macam nak sepak berulang kali sahaja. Lepas tu macam tak logik pulak bila hantu a.k.a si MAMA tu heret budak dua orang naik atas tebing sebab nak kasi matikan budak dua orang itu ikut dia kan..haha. Ada pulak adegan tarik menarik antara MAMA dengan penjaga budak dua orang tu. Adoiiihai dah tak seram tapi masih lagi mahu lihat sampai ending.

Lily, Lucas, Victoria, Annabell


Macam tak fahamkan aku cerita apa? Okey cerita dia begini. Filem ni kisah mengenai dua kanak-kanak perempuan yang hilang di hutan selepas ibu mereka dibunuh. Namun, lima tahun kemudian, Victoria dan Lilly, dijumpai semula di sebuah kabin tinggal. Bapa saudara mereka, Lucas, begitu gembira dengan penemuan kedua-dua anak saudaranya itu dan akhirnya membawa mereka pulang ke rumah dan tinggal bersama kekasih Lucas, Annabel. Bagaimanapun, kepulangan mereka ke rumah itu membuat Annabel merasakan ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku di rumah itu dan mula tertanya-tanya bagaimana kehidupan Victoria dan Lilly sepanjang lima tahun mereka hilang.

Scary kan? Rilek ah, scary time awal n klimaks je. Penghujung tak scary pun,muehehe. So, kepada pakwe-pakwe diluar sana yang masih tidak tahu nak ajak makwe-makwe kat luar sana tengok citer apa, marilah layan citer Mama yang scary tak berapa scary tapi tetap terboikkkk.



adios!



LIKE if KORANG PUN SUKA TENGOK FILEM MAMA :)

7 comments:

eykahashim said...

cam best je cite ni..

Lina said...

Rase macam nak tengok je movie nie.. ^^

Mimi Nur Farahin Hassan said...

Hampir nak tengok semalam kat TS, tapi bila teringat hari khamis, terus kelam kabut nak balik sebab nak tengok drama setia hujung nyawa hahaha

Megat Fareto Asnami Suhaimi said...

Saya dah tengok filem ini. Mula-mula seram tapi bila dah tengok sangat muka hantunya dah hilang takut. Overall biasa-biasa je tahap takutnya :)

Krisz Hanna said...

dah lama nak tengok citer nie.. tapi macam scary sangat. huhuhuhu yang pasty mesty best!!

Prince of Noob said...

dah tengok citer ni, memang gila scary ah... dengarnya diorang nak buat sequel pulak iaitu papa...

Btw jom join Contest yang sangat mudah kat SINI dan menangi wang tunai segera.

Nurul Ain said...

ooo macam best je cite ni...boleh tengok ni heheheh
http://nurulnamasaya.blogspot.com/

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com