Friday, February 15, 2013

Bila Hobi Dapat Pengiktirafan.. LOL!

*Lepas baca sumpah kau akan ketawakan aku. LOL!*

Zaman ini kad kahwin tidak lagi dibuat oleh ibu bapa kerana kebanyakannya ilham pengantin sendiri.  kad kahwin kadang-kadang sangat menggambarkan kreativiti si pengantin.  ada yang suka kad kahwin mereka mempamerkan gambaran yang abstrak, ada juga yang mahukan wajah mereka tertera pada kad itu dengan pelbagai gaya dan warna.  Begitu juga dengan warna pilihan.  Ada yang ingin mahu warna ceria ada juga yang mahukan warna hitam putih sahaja.

Syafiqah Syazaa Ibrahimm, 23, mempunyai hobi yang agak menarik. Dia kini mengumpul kad kahwin bukan kerana dia mahu berkahwin dalam masa terdekat, tetapi kerana kad kahwin sangat cantik dan menarik perhatian.  Pemegang Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat (UiTM Melaka) yang kini tinggal di Semabok Melaka ini memberitahu, sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu kad koleksi simpanannya dibelek kerana dia menganggap ia umpama terapi ketenangan diri.

"Saya puas melihat koleksi kad kahwin yang saya ada tanpa mengira kualiti dan harganya. Pernah sekali kotak simpanan kad saya hilang. Menangis saya mencarinya. Rupanya saya tersalah letak," cerita Syazaa sambil ketawa.

Syazaa kini mempunyai anggaran koleksi kira-kira 100 keping dan dia akan terus mengumpul.  "Saya memasang misi mahu mengumpul kad kahwin ini sehingga mencecah empat angka!" katanya.  Kerjaya sebagai jurusolek sambilan, Syazaa sebenarnya baru sahaja bermula dengan minat itu pada pertengahan 2012 lalu.

"Saya mula minat mengumpul kad kahwin apabila saya sendiri menerima kad jemputan kahwin pelbagai jenis dan bentuk daripada rakan yang mendirikan rumah tangga. Melihat pelbagai jenis reka bentuk, saiz dan warna, saya sendiri tertarik untuk mengumpulnya dan menjadikan ia sebagai hobi sehingga sekarang.". "Sebelum ini saya pernah juga mengumpul pelbagai kole tetapi hobi itu digantikan dengan hobi mengumpul kad kahwin pula. Mungkin sebab saya sudah jatuh cinta pada kad kahwin," katanya.

Bagi Syazaa, dia seronok menghayati kencantikan dan keunikan yang ada pada setiap kad kahwin.  Paling menggembirakan apabila keluarga dan kawan-kawan yang tahu mengenai hobinya tidak lagi membuang kad kahwin seperti biasa.  Bermakna hobi Syaza ini mendapat sokongan daripada orang terkdekatnya.

"Alhamdulillah, keluarga dan kawan-kawan sentiasa menyokong hobi saya yang baru ini walaupun pada awalnya mereka hairan dan jenuh bertanya kenapa saya memilih hobi ini.  Tidak kurang juga merasakan saya bakal menamatkan zaman bujang dan sedang mengkaji selidik kad kahwin terkini. Hakikatnya saya belum mahu mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat kerana calonnya belum ada," kata Syazaa sambil tergelak kecil. *statement time tengah gaduh ni huahuaaa, maap u..maappp*



Namun menurutnya, apabila mereka mengetahui ia satu hobi baru dirinya, mereka pula yang beria-ia menolong Syazaa dengan mengumpulkan kad kahwin untuknya.  Boleh dikatakan setiap minggu, pasti ada kawan mahupun keluarga memberikan kad kahwin yang diterima kepada mereka kepada gadis ini.  Syazaa menyimpan kad kahwin yang dikumpulnya di dalam kotak bagi menjaga kualiti dan kecantikan kad kahwin supaya tidak rosak dan pudar warnanya.

Adakah kad-kad itu kelak akan dijadikan inspirasi pada Syazaa bila menempah kad kahwinnya sendiri? "Oh sebenarnya setakat ini tidak terlintas langsung di fikiran saya untuk menjadikan kad koleksi saya ini sebagai inspirasi bila tiba masa saya berkahwin nanti.  Tetapi apa salahnya, mungkin selepas ini boleh dipertimbangkan," katanya.

Dalam semua kad kahwin yang dikumpulnya, ada sekeping kad yang paling disayangi Syazaa kerana sangat tertarik dengan reka bentuk kad yang eksklusif. "Ia kad pemberian daripada kawan sekerja saya pada November lalu. Ia juga tampak comel," kata Syazaa sambil menambah ada pengantin yang tahu kad mereka menjadi koleksi yang dikumpul Syazaa.  Mereka terdiri daripada kawan sekerja dan sepupunya.  Syazaa tidak kisah sering diusik kerana hobinya itu. Baginya ia sudah menjadi perkara biasa. "Bagi menutup mulut mereka sering mengusik, saya hanya mengiakan sahaja. Walhal saya baru 23 tahun dan tidak terfikir soal kahwin lagi."


NOTA: Kalo perasan, aku pernah publish pasal hobi aku kat entri ini. Btw terima kasih kak Kusyi Hirdan selaku wartawan HMetro dan penulis novel. Adalah satu penghargaan cukup besar sebab sudi invite dan temuramah kita masuk dalam segmen Hobi, kemain besauu laiee gambau :)


adios!



LIKE if SUKA, KOMEN if TAK SUKA ;)

7 comments:

El-Janna said...

amboi jadi hobi ye

Nurul Ain said...

wahh..tahniah
http://www.ainahmad.com/

Yuliana Wahit said...

wahh. untunglah dia.. :)

Aina Sofea said...

Haha .. Hobi yg menarikk (y) untong dpt masok surat khabar :D

Aiman Aziz said...

Dah retis daaahh Sis Sayaza .. hehe

-www.aimancool.com-

sayidah napisah said...

huyyoo masuk suratkhabar ;)

fasha said...

HAI ...eh samelaa ngan saye....saye pon suka kumpol kad kawen...dah byk la jugk collection sy...hee..x sgke sme...any way slamat brkenalan..awk org melake jugak rupenye...huuuu

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com