Tuesday, February 19, 2013

Pertama Kali di LWM

Ok sebelum bercerita, aku nak nasihatkan entri kali ini panjang pada tak berminat, sila baca perenggan pertama dan perenggan akhir je. Pada yang nak try-try, boleh baca sampai habis. Ok sebelum tu macam mana aku boleh terlibat dengan #LWM ni? Ia bermula apabila aku sejak akhir-akhir ini taksub masuk segala macam peraduan since aku menang Peraduan 55 Coretan Terbaik Saya Anak Melaka anjuran RTM Melaka itu hari. So bila dah menang ketagih nak menang bermacam-macam lagi peraduan pun datang bertandang. Gila kan? Memang gila. So, haritu aku tengok ada peraduan mix and match anjuran #LWM menang Iphone5 tu. Terujalah pasal hadiah penyertaan kau dapat treatment body FREE untuk tiga jam! So, aku pun dengan ghairah masuk peraduan tu.

Then one day aku dapat panggilan dari #LWM, peh dengar dorang cakap dari #LWM aku dah eksaited yela mana tau kot menang hadiah. Rupanya dorang suruh datang ke #LWM Mahkota Parade untuk buat rawatan tiga jam tu, yang Iphone5 tu lucky draw je pun. So aku pun survey before pergi tentang rawatan tiga jam tu manalah tau kot kena kelentong ke. Based from experiences rakan-rakan blogger, rawatan tu memang betul tiga jam dan memang turun about 0.5 - 1kilo tapi kena prepare mental sikitlah sebab staff dorang akan pujuk kau dengan cara macam mana sekalipun untuk continue rawatan lain yang memerlukan kos beribu raban. Actually kalau banyak duit dengar tak adalah mahal mana pun, tapi sebab aku jenis saving terpaksalah cakap mahal, hewhew.

Bila baca macam tu aku jadi takut pasal aku selalu kalah dengan pujukan-pujukan ni. Sebab aku tak suka bila dah sign kontrak nanti at last menyesal tak sudah. Tapi nak dijadikan cerita dalam masa yang sama aku mengalami penambahan berat badan sumpah stress sebab 1kilo pun tak kurang even dah diet. Memandangkan staff depa asyiklah dok call aku memanjang tanya bila nak buat free treatment, so aku pun akhirnya bersetuju untuk buat tengahari tadi dengan 'cuti setengah hari'. Ala bukan serious pun pergi sana, dapat turunkan 1kilo pun jadilah dari tak turun langsung, itulah motif aku sebenarnya. Bijak tak? Ekekeke :D

Firstly dorang akan suruh timbang berat badan dulu, berat aku 58.3kg beratkan? Berat gila! Then kau dan konsultan kau akan masuk dan duduk dalam satu bilik perbincangan untuk bagi tau pakej yang dorang sediakan. Yang bestnya ni dorang ada promosi untuk new customer. But before that kau kena bukak baju dan seluar untuk dia tengok jenis gemuk apakah kau hadapi. Macam aku gemuk air dan toksin so dorang suggest dekat aku satu pakej rawatan promosi dengan harga 4k something. Tapi after less 60% jadi RM3900 untuk 10 kali rawatan. Affordable kan? Memang affordable bagi orang yg boros tapi bagi yg saving macam aku ni tetap dikira mahal,LOL. So untuk mengavoidkan diri dari mengambil pakej tersebut, aku cakap aku student hahaha kau ingat alasan kau tu selamat? Non hado ek eh! xD

Okay lepas tu dia pun ajak pergi bilik treatment untuk buat treatment pertama iaitu bersauna di bilik sauna yang cukup panas, tapi aku suka. Memang sauna habis tak pernah aku berpeluh macam tu sekalinya pun. Then habis sauna, dia akan scrub tempat-tempat bermasalah macam peha, lengan dan perut kau pastu dia akan tutup badan kau dengan hot blanket selama 30 minit. Fuhh time ni memang merembes habis peluh kau. Lepas tu dia akan minta kau pergi mandi bilas badan dan terus timbang. Tell u what berat aku 55.2 kg maaa dari 58.3kg tadi, turun 3 kilo kau! Aku ingat mesin tu pentipu tapi tadi balik rumah aku timbang memang 55kg! Peh misi terlebih berjaya,wehooo! Siapa cakap LWM mentipu? Terbukti berkesan kot!

Then, konsultan tadi akan sapukan badan kau dengan ampoule untuk buat rawatan mesin vibrate pulak. Tang vibrate ni memang geli tapi tahan jela, kata nak kuruss. Time tengah buat rawatan ni konsultan tiba-tiba datang pujuk lagi kau bagi harga student pulak. Kan aku cakap alasan cakap kau student memang tak selamat, time tu memang ikut kuat atau tidak je iman kau tu. Tak kuat iman habis duit. Aku bagi alasan macam-macam cakap aku punya ATM Card dekat mama lah, aku tak bawak cash lah. Tapi dia siap boleh suggest cakap dia akan temankan aku untuk pergi amik duit kat kaunter bank. Haa, nampak tak game dia? Kalau dia nak tengok purse aku pun, aku boleh kasi tengok pasal awal-awal before datang aku dah keluarkan segala kad ATM, kad kredit Petronas dan cash dari purse aku. LOL tanak kasi terjebak punya pasal.

So ending dia, staff dorang pamerkan reaksi kecewa time aku keluar walaupun dia cakap aku macam-macam sebab aku tak reti appreciate dorang punya promosi tetapi ada aku kisah? Nah, aku keluar dengan senyuman yang bangga sebab aku keluar tanpa sedikit pun penyesalan siap dapat freegift lagi dan aku keluar dengan berat 55kg yang diturunkan secara percuma! Hihi. Tapi bagi yang memang seriously nak kurus cepat, bolehlah mencuba pakej dorang tu sebab tak adalah mahal cuma aku selalu mengambil pendekatan untuk kurus semulajadi. Now alhamdulillah mak maintain 49kg tanpa kurus cepat pun.


adios!


LIKE if SUKA :)

13 comments:

LyNn LyNdA said...

wahhh..untung la free2 je dpt trun berat 3 kg..mahal kot treatment smpai 4k..ingt kan ratus2 je..kikiki

btw,done follow kamu..~

Phat said...

wah kelasssss

Joe_Hans said...

hahaha...so sekarang kekal 55 lagi x?? huhu

Lin Azlina said...

mcm sy pulak..pntang pujuk..tmbh2 bab nk kurus ni...teruslah amik pakej..giler....

zurdiana diana said...

Salam .. saya pun baru dapat panggilan dari #LWM tuh .. harga untuk treatment RM28 dia offer .. tak tau nk pergi ke tak .. ade ape2 advice ? hehehe

Syazaa said...

@Lynn Lynda : hihi ada yg beratus yunk, tapi itu utk student. RM500 je.

@Joe Hans : Haha kekal okehhh..

@Lin Azlina : Bahaya tuu...macam saya jugakk,tapi tu la mmg kena tekad dan nekad. Jgn terpedaya.

Syazaa said...

@Zurdiana diana : Oh kena bayar RM28 ya?Nanti dia akan ajk discuss dlm discussing room,terus terang ckp "I nak yg I kena byr RM28 je" kalo dia offer apa2 geleng buat tak dengar. Nanti time treatment, dia akan pujuk lagi n mcm saya ckp ulang semula "I nak RM28 je,noktah. I tanak tambah apa2". Makesure b4 dtg segala kad atm/kadkredit jgn bawak. Gudluck dear :)

Far Naz said...

Baru je tadi dpt call dri LWM . Dpat birthday gift ..3jam jugak .Patotlaa diorg beria2 suh dtg .pas 2 offer package beribu 2 . Ikot mcm awak laa .pegi try sekali je . Hehe

Far Naz said...

Baru je tadi dpt call dri LWM . Dpat birthday gift ..3jam jugak .Patotlaa diorg beria2 suh dtg .pas 2 offer package beribu 2 . Ikot mcm awak laa .pegi try sekali je . Hehe

NORFATIHA WARDNIANIS said...

saya dpt yg free pyer lpas isi borg kt laman web diorg..tp bleh ke ikut tips syaza bg tu..xpyh bwk atm kad ot credit kad..tkot xlepas nt.

Syazaa said...

Farnaz: ni mesti dah kurus ni..hihi.

Norfatiha: boleh je dearr..actually nak ambil pun boleh, tapi if sayang duit lebih kena kuat mental lah..hihi.

Amirah Liyana said...

As salam kak.saya amirah nur liyana pelajar diploma jurusan komunikasi media massa di uitm alor gajah melaka.berdasarkan blog yg akak tulis berkenaan dgn london weight management,saya dan ahli kump saya berminat utk meminta bantuan akak sebagai responden kami bagi melengkapkan kerja khusus kami berkaitan konsep pengiklanan syarikat london weight management..jawapan daripada pihak akak amatlah saya nantikan.terima kasih

Amirah Liyana said...

As salam akak,saya amirah nur liyana pelajar diploma jurusan komunikasi media dan massa di uitm alor gajah melaka,berdasarkn blog yg akak tulis berkenaan london weight management,saya dan ahli kump saya berminat utk meminta akak sebagai responden kami bagi membantu kerja khusus kami berkenaan konsep pengiklanan london weight management..kerjasama akak amatlah saya harapkan

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com