Wednesday, March 27, 2013

Behind The Scene Dara dot Com Bumper Issue

Itu hari dapat invitation dari editor Dara.com untuk menjadi tukang mekap kepada team Dara.com untuk photoshoot Dara.com edisi bumper Mei 2013. Tetapi pesanan puan editor, harus pula membawa lagi dua orang rakan mekap retis di sekitar Shah Alam sebab team dara berjumlah seramai enam orang kesemuanya.  Kalau aku mekap sensorang memang mampuihh pengsanlah.. Kedatangan aku ke Karangkraf bukan untuk jadi tukang mekap kepada kakak-kakak dara.com semata-mata tetapi juga dengan tujuan nak hantar gambar koleksi kad kahwin yang diminta oleh kakak Ima selaku wartawan dara.com untuk dimuatnaik ke segmen Koleksi Dara juga dalam bumper isu. Meriahlah muka kakak yang tak laku ni. LOL!

Aku sebenarnya suka bila diinvite-invite macam ni pasal yela sebab bukan senang tahu nak dapat jejak Karangkraf jadi sebagai tukang mekap. Yela selama ni dok pi karangkraf jadi sebagai tukang pelawat karangkraf mall dan tukang pembeli je,ngahaha. Btw thank you so much to Ayu sebab sudi menumpang tidurkan diri aku yang tak seberapa ni di rumah beliau semenjak dah berhijrah ke Melaka ni. Huu kesian betul haku nih. Oh thanks jugak Ayu coz kau sudi amik cuti semata-mata nak ikut aku terus menjadi assistant tak bertauliah aku pada hari itu.

Memandangkan sudah lama tidak menepek gambar diri sendiri, maka dengan itu persembahkan Sweet Syaza yang dah tak sweet,gemuk dan comot!!! Mbuahahahaa!


Inilah tugas hakiki aku dikala aku kekeringan idea tidak menulis blog, ececehhh.

Sesi mekap dilakukan di dalam surau memandangkan studio mekap pada ketika ini sudah penuh. Berpeluh sakan kakak sebab mengharapkan kipas sahaja yang berpusing..awuuuwuu.

"Adik-adik tengok betul-betul ya, macam mana kakak lukis hidung boleh tukar jadi bibirr..."

Berkongsi studio mekap dengan jurusolek terkenal aida g memang satu penghargaan buat diri aku yang amatur ini. Oh sorry beliau tidak kelihatan di sini akibat dilindungi manusia-manusia lain.

Perkenalkan Ayu, assistant tak bertauliah memerangkap jurufoto amatur abad ini. Masih solo dan masih menunggu bakal suami diturunkan dari langit :D


Kiri; Kak Ida(editor), Kak Zalmie and Kak Liza. Inilah tiga kakak-kakak yang kita mekap. Eh tiba-tiba bertukar bahasa 'kita' puloppp.. :D

Perkenalkan kawan-kawan tukang mekap dari Shah Alam; tudung kuning tu Gee Zaidan n baju hijau tu Elyn. Maaf mereka sudah berkahwin dan ada 2-3 anak. ;p


Dan-dan jadi tukang mekap, kitorang pun kena shoot sekali daa untuk disebalik tabir. Mesti buwookk gila muka kakak dalam majalah nanti, miehehe.


Last but definitely not least, gambar orang-orang kuat yang menjayakan photoshoot dara isu bumper. Ceh, orang kuatlah sangat!!! :D

Btw thanks to kak Ida coz sudi invite kita jadi tukang mekap yang tak seberapa ni untuk itu hari. Seronok sangat bekerja dengan team dara yang memang sporting gila tahap nak pengsan! Hahahah. Awak-awak jangan lupa dapatkan majalah dara dot com bulan Mei nanti. Tengoklah muka kita yang burok lagi cumott tu..oh pastu jangan lupa selak bahagian 'koleksi dara' miehehe. 


adios!



LIKE if SUKA ;)

4 comments:

boni kacak said...

mohon make up kan saya boleh tak?hehehee

Ferdaus Mohd Othman said...

orang yang pandai make-up ni selalunya pandai masak :D

Rumpai Laut Sabah, Harga Terendah! Khasiat Luarbiasa!!

fiza saiza said...

wahh...bestnya!!
semoga syaza lebih berjaya dalam bidang make up kelak :)

Syazaa said...

boni: miahahaha..tak sanggup kakak makeupkan boni..

ferdaus: haa betullah tu..hahahaha!

fiza saiza: tq dearr...

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com