Sunday, March 3, 2013

Review Filem: Jack The Giant Slayer

Sudah lama tak dating-dating tengok wayang dengan cik Haiqal. Hee lama tak nyebut nama cik Haiqal dalam blog ini kan?Miehehehe. Jadi pada hari Jumaat malam yang lepas kitorang decide nak tengok wayang bersama-sama. Maka turunlah cik Haiqal dari Kuala Pilah ke Melaka. Kami juga telah sama-sama decide nak tengok Jack The Giant Slayer. Mula-mula sampai dekat kaunter tiket, hampir-hampir putus asa pasal semua cerita nak pukul 10 malam je kan. Orang pukul 10 malam nak balik rumah tanaklah balik sampai jam 1 pagi. Ececehh.. Jadi nasib ada pukul 9.30malam. Tapi time tu pun macam redha je muahaha tapi tak apalah memandangkan famili pun baru keluar rumah pergi dinner kat Windmill Melaka Raya, apa salahnya balik lewat sama-sama dengan mereka :D



Tengok trailer filem ni dah tahu cerita ini sumpah best. Memang best kalau tak takkanlah sampai kitorang kena duduk baris lima dari hadapan. Nampak tak betapa penuhnya panggung hanya semata-mata nak tengok cerita ini punya pasal? Cerita dia sama macam buku cerita yang kau baca time tadika-tadika dulu. Berkisar Jack si kacang. Cuma dia ubah sikit jalan cerita bagi nampak menarik. If dalam buku cerita cakap mak Jack baling kacang kat luar kan, yang ni pakcik dia baling kacang atas lantai dalam rumah tetapi satu biji kacang terjatuh bawah rumah dan pantang kacang ni tak boleh kena air. Kalau kena, memang nahaslah dia akan membesar dan tumbuh sampai ke langit dan masa itulah kau boleh berjumpa dengan gergasi yang teramatlah besar gamaknya.

Ingat nak cerita lebih lanjut tentang filem ni, tapi aku rasa better pergi tengok dan alami sendiri. Cerita dia sangat best dan menarik sehingga menyukarkan aku nak bercerita dengan lebih terperinci mengenai cerita ini.  Kepada gadis-gadis di luar sana, aku tahu kau takkan terpikat dengan Jack dalam citer ni pasal Elmont pengawal diraja lagi hensem dengan misai dan janggut persis Ironman telah menambat hati kau terlebih dahulu...muahaha. Tak percaya? Pergilah tengok :))

 










adios!


LIKE if SUKA TENGOK CERITA NI SEBAB ELMONT SEMATA2.

2 comments:

reenapple said...

LOl.. aku baru nak baca sinopsis dia kau dah suruh pergi tengok sendiri. Muehehehe

Syaza said...

muahahha..cik reen apple. kena pergi tengok dulu mehhh. cerita ni best.

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com