Sunday, April 21, 2013

Bila Hobi Mendapat Pengiktirafan Lagi (Dara dot Com Mei/13)

DARA.COM - Mei 2013

Koleksi kali ini buat penulis rasa teruja.  Teringin pula untuk mengikuti jejak hobi Syafiqah Syazaa mengumpul kad-kad kahwin.  Seingat penulis, sejak di bangku sekolah lagi, kad kahwin sudah mula menular.  Bezanya dulu mungkin kad kahwin kelihatan ringkas dan biasa-biasa sahaja.  Tetapi kini, kad kahwin tampil lebih eksklusif, berwarna-warni, pelbagai bentuk malah ada segelintir kad kahwin dibezakan untuk golongan VIP dan golongan marhaen.  Namun biar apa pun rupa dan jenis kad undangan ini, diharap jemputan itu datang dengan hati yang ikhlas.  Ayuh semua, kita lihat koleksi kad kahwin milik Syafiqah Syaza.

Segalanya bermula pada pertengahan 2012.  Ketika itu saya sudah berkhidmat di UiTM Shah Alam.  Di alam kerjaya, saya mula menerima kad-kad jemputan kahwin daripada rakan-rakan sekerja.  Sejak itu, hati mula tergerak mengumpulnya.  Untuk tempoh dua tahun ini, saya hanya mampu mengumpul lebih dari 100 keping kad sahaja.  Tidaklah terlalu banyak, tetapi ia suatu kepuasan buat saya.  Insya Allah saya akan terus mengumpulnya.

Mungkin bagi orang lain tiada keistimewaan.  Tetapi bagi diri saya sendiri kad kahwin mempunyai keunikan tersendiri.  Jika dilihat dalam banyak-banyak kad kahwin pasti tidak ada satu pun yang sama dari segi reka bentuknya, warna dan saiz.  Makanya sudah jelas setiap kad kahwin mempunyai keunikan dan kekreatifan sendiri.

Antara koleksi kad kahwin yang paling popular mestilah yang bersaiz segi empat tepat dan segi empat sama. "Saya lebih menggemari kad kahwin yang berbentuk empat segi.  Ia tetap nampak menarik biarpun mungkin kelihatan sangat biasa pada pandangan mata orang lain.  Pun begitu, saya turut memiliki koleksi kad kahwin yang pelbagai rupa dan bentuk," akuinya.  Bercakap soal pemilihan warna, Syazaa lebih menggemari warna coklat dan krim.  "Ia lebih bersifat klasik.  Manakala fenomena kad kahwin hari ini, lebih variasi warna-warna pastel sering menjadi pilihan pasangan pengantin kini.  Benarlah, kalau fesyen pun boleh berubah warna dan gaya, kad kahwin pun turut terkena tempiasnya.  Tepuk dada, tanyalah selera anda ya!" ujar Syazaa bersungguh-sungguh.

Setakat ini Syazaa juga mempunyai beberapa keping kad yang agak unik untuk disimpan.  Ini antara koleksi yang Syazaa anggap sedikit istimewa.  Kebanyakan kad kahwin yang mewah ini datang daripada ahli keluarga yang berpangkat seperti Dato' tapi maaf saya tak berapa pasti siapa pemberi kad tersebut.

Pengaruh Siapa?

"Oh tidak ada siapa-siapa yang pengaruhi saya! Mula tertarik untuk terus kumpul kad kahwin ini apabila terlihat lambakan kad kahwin yang masih saya simpan di dalam laci.  Dari situ minat untuk mengumpul tmbul."  Selain daripada kad jemputan sendiri, Syazaa turut meminta daripada rakan-rakan lain untuk menambah koleksinya. "Sejujurnya, saya amat bertuah memiliki rakan-rakan dan ahli keluarga yang sudi membantu saya mengumpul kad kahwin bersama.  Meskipun pada awalnya begitu banyak persoalan daripada mereka kenapa saya begitu berminat untuk mengumpul kad kahwin.  Agak kelakar pada mulanya, namun alhamdulillah sehingga ke hari ini baik dekat mahupun jauh pasti ada yang menghulurkan kad kahwin pada saya.  Bagi mereka, bagaikan sudah menjadi trademark pada diri saya apabila melihat kad kahwin pasti teringatkan saya."

Menurut Syaza, dia turut berkongsi minat ini dengan ahli keluarganya yang lain.  "Seronok apbila ada orang yang sama-sama mengumpul kad kahwin ini. Paling tidak pun, tidak adalah lagi pembuangan kad kahwin dalam tong sampah." akuinya teruja menunggu hujung tahun  untuk menerima kad kahwin yang lebih banyak dan eksklusif. NSS

By the way thanks to Kak Fizah sebab sudi menemuramah kita untuk segmen Koleksi Dara untuk Mei 2013. Siap bukti kaww nunjuk aku bukan main terjahh..miahaha.


Juga million thanks to Kak Ida selaku editor dara sebab sudi invite kita menjadi sebahagian dari team dara.com sebagai tukang mekap dalam menjayakan photoshoot team dara. Wah ayat menjayakan kawww:D

adios!




LIKE if SUKA ;)

4 comments:

Poi Blogger said...

kad kawen skunk mcm2 ade,,, hahaha ^_^ cntik2 tuh,,

Diana Azis said...

Wah...menark dan lain dr yg lain hobi syaza :)

Syazaa said...

poi blogger: kann tau tape...nak je grab semua..

diana azis: tq dear ;)

Intan Zulhilmi said...

menariknya hobi! unik!

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com