Friday, July 19, 2013

Giliran Sinar Harian Pula Keluar Cerita Hobi


Akhbar Sinar Harian Edisi KL/Selangor
19 Julai 2013
*ni gambo time shot awal bulan lepas, gemuk! Tapi sekarang sudah selimm..selimm la sangat!

Mata penulis terpaku seketika melihat kad kahwin yang begitu banyak diselerakkan di atas meja.  Macam-macam warna yang ada. Reka bentuk kadnya pula, usah cakap ada yang berbentuk segi tiga, segi empat tepat, bulat, kipas tangan, passport dan yang paling cantik rekaan kad kahwin bermotif islamik kontemporari dengan paten Arab dan tulisan khat.

Tema yang tertera di setiap kad kahwin pula cukup menarik.  Ada yang bertemakan FACEBOOK, kartun, polka dot dan paling kiut tema ala-ala Jepun gitu.  Melihatkan akan koleksi kad kahwin yang unik dan kreatif itu, penulis mula bertanyakan kepaa si pemiliknya, Syafiqa Syazaa Ibrahimm (23) tentang hobinya yang gigih mengumpul kad undangan Raja Sehari tersebut.  Menurut Syazaa, minat untuk mengumpul kad kahwin itu timbul bila dia sering kali menerima kad jemputan daripada rakan-rakan yang mahu melangsungkan perkahwinan. Justeru, setiap kad yang diterima disimpannya di dalam laci sehingga ia menjadi banyak.

Melihatkan lambakan kad kahwin semakin hari semakin banyak, menjadikan Syaza mula tertarik untuk menjadikannya sebagai hobi yang serius.  "Disebabkan keseriusan saya mengumpul kad-kad ini, saya sanggup meminta daripada rakan-rakan lain untuk menambah koleksi."  "Sejujurnya saya tidak segan untuk meminta kerana tahu mereka (rakan dan ahli keluarga) akan membantu mengumpul kad kahwin bersama. Walaupun kadangkala saya tiak meminta tetapi mereka sendiri yang akan menghulurkannya.  Bagi mereka, kad kahwin bagaikan sudah menjadi trademark buat diri saya.  Apabila mereka terpandang sahaja kad kahwin, pasti mereka akan teringat saya," katanya kepada Fanatik baru-baru ini.

Ujar Syazaa, lebih 200 keping kad kahwin menjadi miliknya sejak dia mula mengumpul awal tahun 2012. Sasaran ribuan kad kahwin sehingga pertengahan tahun depan menjadi angan-angan Syazaa untuk memenuhi impian tersebut.  "Ramai yang cakap kenapa saya sanggup sasarkan jumlah yang begitu banyak dalam hobi mengumpul kad kahwin ini.  Jawapan saya senang, saya inginkan kepuasan dalam setiap apa yang saya lakukan," ujarnya sambil tersenyum.

Sementara itu, Syazaa yang berasal dari Semabok Melaka memberitahu, kad kahwin sangat unik cantik dan kreatif jika seseorang itu bijak membezakannya dari pelbagai aspek.  "Jika dilihat dari segi bentuk kad kahwin zaman dahulu dan zaman sekarang memang banyak perbezaannya.  Dahulu kad kahwin lebih ringkas dan biasa-biasa sahaja.  Tetapi kini kad kahwin tampil lebih eksklusif, berwarna-warni dan bermacam corak.  Ini jelas menunjukkan orang sekarang begitu mementingkan rupa pada kad kahwin agar nampak cantik dan terbaik," ujarnya yang juga bekerja sebagai Jurusolek Bebas di Irosia Beauty Touch perniagaan miliknya.

Rata-rata kad kahwin yang dimiliki sekarang adalah dari negeri Selangor.  Walau saya orang Melaka, namun kad kahwin dari Selangor lebih banyak ekoran saya pernah tinggal di Shah Alam selama setahun setengah sedikit masa lalu.  Pada ketika itu, rakan-rakan sering memberi kad-kad kahwin yang diterima oleh mereka kepada saya memandangkan mereka tahu tentang hobi saya.  Jika diikutkan memang kebanyakan koleksi kad kahwin yang aa terdiri daripada insan-insan yang tidak dikenali. Namun saya tidak kisah semua itu, yang penting saya dapat kumpul kad kahwin setiap hari."  kata anak sulung daripada tiga beradik yang tidak memilih warna-warna tertentu untuk mengumpul kad undangan sebaliknya terima dengan gembira jika ramai yang memberi kad tersebut.

Ditanya tentang pengalaman manis sepanjang menceburi hobi ini, Syazaa berkata sewaktu dia mula-mula berjinak mengumpul kad, ramai yang pada ketika itu seakan pelik dengan hobi tersebut. Begitu banyak persoalan timbul daripada mereka mengenai kenapa dia begitu berinat untuk mengumpul kad kahwin ini. "Agak kelakarlah juga pada mulanya, namun alhamdulillah sehingga hari ini meskipun saya sudah menetap di Melaka semula, pasti ada rakan-rakan dari Shah Aalam mengirimkan kad-kad kahwin yang diterima mereka kepada saya," katanya yang akan mencari idea terbaik untuk menghasilkan kad kahwin sendiri kelak dengan cara melihat satu persatu koleksi kad kahwin yang dimiliki itu.

Thanks kak Roshlawaty sebab susah-susah cari kita di FB semata-mata nak temuramah kita. Masuk ni kali ketiga hobi kita dapat pengiktirafan di paper dan majalah, alhamdulillah terima kasih kerana sudi menyiarkan artikel hobi yg tak seberapa ni :')



adios!



LIKE if SUKA ;)

8 comments:

Phat said...

nak sainnnnnn hehe selamat berpuasa

Emas Putih said...

wah tahniah :)

Syazaa said...

phat: hahaha gedik la bapak syaza ni...selamat berpuasa jugak phat :)

Syazaa said...

emas putih: tq emasputih yg memang putih orangnya..mihmihhh

Zaza said...

wah tahniah syaza..jarang ada org nak kumpul kad mcm ni.. =)

boni kacak said...

wah..bestnya syaza.. tahnia tau..hehehe. entah bilalah boni kacak ni akan masuk paper..hehehe

arecuam said...

kreatip.. kreatip.. Selamat Hari Raya

Sis AI said...

Sis kad kahwin pun kumpul..? K.. Sy skrg krja kat kedai banner ni. Diorg pun bikin kad kahwin.. Macam2 jenis ada.. =_= Tiba2 tringt pulak kedai tu, haha!

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com