Thursday, July 18, 2013

Nama Dia Kim :)

FYI, banyak yang berlaku dalam kehidupan aku since aku tak rajin menaip entri untuk diupdate ke blog ini. Kalau nak ikut suruh aku cerita satu persatu, aku rasa mahu tak cukup satu entri untuk cerita kesemuanya. Cerita aku eksiden, cerita aku pi bawak diri ke Cameron sorang diri, cerita kena ambush secara besar-besaran dengan hater(s) dekat blog, cerita aku dikejar lembu gila, cerita aku jadi orang gila..haihh banyakk!

By the way, sebelum terlambat nak wish "Welcome!" to Kimberly! Ya..bukan Kimberly Noel Kardashian a.k.a Kim Kardashian ya. Ini Kim bukan sebarang Kim, Kim datang dari tukang buat rumah kami...wah gitu kaww berpantonn pulak :D

Semasa kitorang rimas gila pasal rumah kena renovate dalam bulan Rejab yang lepas, babah telah merimaskan kami lagi dengan kedatangan Kimberly si kucing parsi yang dibeli dari tukang buat rumah kitorang. Bagus betul abang tu dah jadi tukang buat rumah jadi tukang jual kucing pulak.  Hahaha..kedatangan Kimberly pada awalnya sangat merimaskan okey, sangatttt! Rasa macam nyesal letak nama dia Kimberly konon-konon time tu kan siri 'Kourtney and Kim Take Miami' baru je tamat kat channel E! So nak tunggu siri baru musim kelapan 'Keeping Up With The Kardashian' pulak tayang kat Malaysia 23 Julai ni memang lambat lagilah kan, so bagi nak hilang rindu dekat Kim Kardashian, kitorang pun letaklah nama Kimberly n kitorang panggil dia Kim =.="

Memandangkan Kimberly pada awalnya tak reti berak kencing dalam tray so aku sebagai jurulatih kucing terbaik, terpaksa ajar Kimberly. Si Baby yang dah cerdik guna tray pasir bukan nak ngajor, kemain sombong dan bongkak lagi kencing dalam tray depan Kimberly. Tak cukup tu, Baby rupanya stress melihat kedatangan Kimberly. Hari pertama Kimberly masuk dalam kehidupan kitorang, hari pertama jugalah Baby pandai 'spray' sana-sini. Kau tahu, tepuk dahi aku tengok si Baby ni. Esok paginya aku hantar Kimberly untuk her 1st injection kat vaterinary clinic, esoknya juga schedulekan operation kimberi untuk Baby biar dia tak 'spray' sana sini. Next entry will story berapa ongkos n how to jaga bila kucing kena kimberi.


But now alhamdulillah Kimberly dah reti kencing berak dalam tray and dah jadi kawan baik Baby pun.  Kawan baiklah sangat! Aku tengok asyik bergusti je. Tapi kan Baby pun rajin jilatkan bulu Kimberly pasal Kimberly ni memang bukan jenis perapi orangnya. Dapat pulak Baby yang jenis pembersih, aku rasa time dia nak tolong jilatkan bulu Kimberly mesti dia cakap "Eh pompuan, meh sini kaw, rimas aku tengok bulu kusut masai kau ni!" :D

Bebulan poser ni mehla layan gambor orang baru sekeping dua ni.





adiosshhh!



LIKE if SUKA ;)

2 comments:

Zaza said...

gebunya dia..nak picit2 je rasa..meow..hihi

۩PinkyLady1202۩ said...

jom visit my blog..hhehee..meoow..

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com