Friday, September 20, 2013

Saya Budak Chipsmore!

Huwaaaaaaaaaaaaaaa..........................lamanya tak update blog! Dah macam chipsmore dah aku ni. Kejap muncul kejap hilang, orang pun nyampah! Ini pun entri schedule nih! Bukan harini dia taip harini dia post. Haih syazaa syazaa.  Sumpah tidak tahulah apa yang sudah jadi di dalam blog ini. Sempat jugak kerling sikit-sikit kat pocik labah-labah yang dah makin bertambah bini gamaknya pasal lama nau bersarang dekat blog aku ni hah,LOL. But seriously aku memang kena akui satu benda di mana aku sangat-sangat-sangat ketandusan idea dalam mencipta satu entri. Biasalah otak kurang DHA. Doktor pun cakap otak aku dah tua pasal banyak berfikir. Ni semua pasal stok kismis tok guru yang dah lama habis kat dalam kabinet dapo. Tu pasal nak cari idea lemms semacam. Mood nak berblogging pun sudah hilang entah ke mana. Para pembaca pun sudah lari angkat kaki, ceh para pembaca! Masalahnya hader ker nak baca blog kau yang merapu ni? :D

Okay aku bukanlah orang yang bersifat terlebih rajin untuk bercerita segala macam aktiviti yang aku lakukan sepanjang aku menyepi ni. Tapi mungkin dengan menyelitkan beberapa keping gambar dan sedikit caption di bawah setiap gambar sekurang-kurangnya dapat membantu untuk menceritakan kembali segala haram jadah aktiviti aku yang busy mengalahkan retis nih. Hahaha. 

Beginilah hidup budak chipsmore lebih cip lebih coklat! Asyik menempel mintak belas ihsan dekat rumah orang kenduri kawen kenduri tunang je memanjang. Alhamdulillah rejeki-rejekiii.

Bila orang tak mahu bagi belas ihsan, cari belas ihsan dekat sini pula.

Inilah akibat jika terlampau taksub mengejar harta sampai kesihatan pun terabai. Astaga nasibla solat tak terabai..ecehhhhh.

Dan ini juga akibat asyik merayau keluar tiap hari. Parking pun buat leklu kaww je nak parking sepah-sepah ya Syazaa. Kan sudah kena ><"

Oh dalam sempat merayau-rayau, sempat jugak merayau sampai JB pi tengok kawan bertunang. Tahniah intan n man :)

pastu rasa kacang pool for the 1st time. ya 1st time okay, jakun gila kakak. ketagih pun ada sekarang ni. Melaka mana mau cekau satu?

Dalam sibuk-sibuk masih sempat join giveaway instashop. Alhamdulillah 2nd giveaway winner. Dapat kakak baju ombre uwehh, suka :D


Dan begitulah ceritanya. Part aktiviti. Sebenarnya ada satu lagi cerita tapi nantilah cerita. Belum bersedia lagilah..miehehe.

sumber gambar: @xiajiaibrahim
adios!





SIAPA RINDU KASI LIKE SIKIT ;)

7 comments:

abgDude a.k.a kai said...

lebih cip coklat lebih lazat!

Liza Licha said...

macam-macam aktiviti ye?.. hehe.. singgah follow awak dear

Sis AI said...

Ya Allah.. Macam-macam benda sis bikin.. Tersengih-sengih sy baca. Memang adventure gila siap kena saman la, tunang la.. Ades. Macam-macam.

Zaza said...

kacang pool tu makanan apa ya.. menarik je tgk ;)

Puan Siti said...

huhu.. chipsmore.. kejap ade, kejap xde.. hihihi

Mysara Ab Rahman said...

baru join cni..mcm2 aktiviti...entry yg ringkas tp padat..hee...skrg mmg musim org kwin/tunang...mai hmpir tiap mggu ada je

Syazaa said...

Abg Dude: Hahaha. eh thanks ea sbb masukkan blog kita dlm list abg dude.

Liza: Haah awakk..bz sangatt.

Sis Al: Halohhh sengih2 sebab ayat entri tak sedap ke apa ni..hihi.

Zaza: Kcg pool tu pemes kat jb..sedapp,try la satu. shah alam pun ada kat sek3.

Puan Siti: Hihi saya la tu..

Mysara: mai pun jurumekap ye..kita geng, gimme 5!hihi

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com