Saturday, March 1, 2014

Bila Hati dan Perasaan Mula Berubah

Ya sekarang ni hati dan perasaan aku dah berubah. Sangat berubah. Dulu mungkin aku suka tapi sekarang perasaan suka itu dah berpaling pada yang lain. Btw before terlupa, baik aku kasi tahu awal awal. Entri kali ini aku dapat idea untuk taip entri ni pada masa aku lagi sibuk sidai baju selepas solat Maghrib. Haha perlu ke mentionkan lepas solat Maghrib Syazaa? Yela karang kalau aku mention pada waktu Maghrib saja tanpa perkataan solat, orang pikir aku tak solat pulak, LOL gurau.

Berbalik pada title entri. Bila hati dan perasaan kau berubah pada sesuatu yang dulu kau suka? Apa kau rasa? Apa kejenih soklanlah aku ni kann dan itulah yang berlaku dekat aku sekarang ni. Wahhh Syazaa dah move on, gitoo kaww. Okaylah aku tak reti nak prank orang sebenarnya dan dari prank aku tak menjadi baik aku kasi tahu so tidaklah aku malu di kemudian hari, kihkih.

Dua tahun lepas kalau nak tahu aku begitu taksub dengan Kardashian, ala yang si Kim Kardashian, Kourtney,  Khloe tu. Huishh fanatik wehh. Habihh semua famili dorang aku follow kat instagram. Kejapkejap kang bukak channel E! Tak ada siri episod dapat tengok iklan pun jadi. Fanatiknya aku sampai kucing aku yang hok tino pun jadi mangsa akibat kefanatikan tuan dia ni. Tak pasal pasal nama kucing pun Kimberly inspired dari nama Kim Kardashian, hahaks!

Tapi semua berubah lepas tengok sekali je Runningman last year. Penangan Korea kaw, itulah Syazaa dulu kaw perlekehlekehkan fan korea, sekarang hamekaww. Dok kat rumah boleh kira pakai jari berapa kali je kaw bukak channel E! dan StarWorld tu dan tak terhitung berapa kerap kaw bukak channel SOne dan KBSW. Sampai mama perli "dulu kalau habih berita je, mesti tv ni bunyik ashashahsha *merujuk omputih cakap laju, sekarang ni ochuochoochuocha" *merujuk kpd org korea bercakap Haha aigoo mama ni.

Tahap kesukaan tu berpaling habis sampai sekarang ni boleh checklah tab dan aifon manede wallpaper kardashian bagai, lock skrin je muka Kim Jong Kook,  dah lepas password,  HomeSkrin gambar Kim Jong Kook lagi, wallpaper wassap Kim Jong Kook lagi. Elokelok Tony Stark jadi wallpaper wassap, terus turun takhta akibat penangan Kim Jong Kook. Haha.

Tapi semua berakhir lepas 15 haribulan lepas, sedih tahu bila Astro bila berlaku kejam pada peminat korea mcm aku ni, dia terus tak kasi tengok channel SOne sebab astro rumah Melaka n Muar tak tukar Byond. Kaw rasa? Terasa dihiris hiris hati aku yg lembut ni. So iolls terpaksalah tunggu babah pi jumpa pak astro kasi upgrade our astros dekat rumah Melaka dan rumah Muar. Lepas ni iolls bayar bil astro lebih tak apalah, iolls redha demi citer korea tersayang. Sobbs sobss.



adios!




4 comments:

FreakVector said...

awek melayu zaman sekarang asyik kpop aje

zakira afina said...

hehe peminta Jong Kook rupenyaa :D wee, minat monday couple lol sweet gtu :D

Anne Nurain said...

ha nampak x korea tu lg hebat dr omputih? hehehe.. yeah, dah ada geng running man.. huhuhu..

Farid Omar said...

ramai yg bercerita tentang running man, mungkin akan tonton bila ada kelapangan. Jom singgah ke blog saya, ada giveaway menarik :)

http://ridoma.blogspot.com/2014/03/ridoma-giveaway-salun-mata-di-eye-center.html

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com