Thursday, March 20, 2014

Ongkos Kimberi Untuk Baby

Maaf baru kesempatan nak post entri ni sedangkan aku dah janji nak keluarkan entri ni dalam waktu terdekat sejurus selepas entri berkenaan Kimberly dipublishkan dulu. Biasalah umur bila meningkat banyak perkara perlu difikir hendak pula usia menjangkau 24 tahun ni lagi macam macam nak dipikir hahh kang kalau cerita mahu mukadimah je makan sampai dua perenggan kang nyampah pulak kau baca nanti. LOL

Okay mengikut entri yang lepas, selepas kedatangan Kimberly si kucing parsi betina ke dalam keluarga kami, Baby iaitu si kucing jantan kucing yang selama ni menjadi kesayangan keluarga kami terus menjadi resah gundah dan gulana. Ok dah kenapa baku tahap gaban sangat ayat aku ni..mihmih. Ok serious balik, so biasalah kehidupan seekor kucing bila dia dah selesa dengan persekitaran tiba-tiba datang pulak kucing lain, mestilah dia rasa macam terancam. So bila start terancam mulalah dia nak buat 'penanda' utk tempat dia..penandanya iaitu spray (kencing) merata-rata.


Iolls seriously meroyan sangat time nih sebab dengan rumah berkecah sebab dapur renovate plus Baby pulak buat hal sebegitu rupa memang rasa macam nak nangis sangat, boleh rasa tak betapa sadisnya pada situasi itu? Terus aku gugel macam mana nak setelkan hal ini dan finally i found the solution dan solutionnya adalah kimberi(pemandulan). Ya kimberi bukan kimberly..kimberly is my kucing betina...please faham jangan konpius sebab aku tak suka ulang banyak kali, garang tak semena pulak aku nih xD

So, masa mula-mula Kimberly datang aku terus hantar dia pi boarding satt dua tiga hari kat klinik sekaligus untuk dapatkan suntikan pertama beliau sebagai indoor kucing dan buat appointment sekali untuk Baby kimberi. Ramai nak tahu berapa ongkos kimberi ni dan aku baca kat gugel macam terkejut katak pun ada sebab certain klinik ambil murah ya amat. Tapiii macam Baby haritu kena kimberi ongkos dalam RM120 kot siap stay dekat wad klinik haiwan untuk 3 hari, makan minum, dan rawatan susulan. Mahal tak? Jangan tanya aku, sebab masa tu memang dah terdesak sangat dah tak boleh pikir mahal ke murah ><"

So sepanjang Baby kat sana, babah lah yang paling rajin melawat Baby taktala Baby sudah di'sunat'kan. Baby maafkan kamiii..kami bukan berlaku kejam tapi kami tak sanggup tengok Baby spray sana sini nanti rumah bau hancing kesianlah kepada para tetamu yang datang nanti...huu sobbsobbs. So lepas 3 hari Baby stay klinik, Baby balik terkepit-kepitlah dia berjalan. Alahai kesian pun ada so rawatan susulan bila Baby sampai rumah, setiap hari pagi dan malam mesti sapukan minyak gamat kat anu dia biar cepat baik dan alhamdulillah 2 hari selepas sapu Baby dah boleh lari sana sini dan boleh kawan baik dengan Kimberly :)



Berikut merupakan kebaikan dan keburukan bila kucing dikimberi(dimandulkan):

KEBAIKAN
- Baby dah start kurang merayau atau bersosial
- Time musim mengawan, Baby dah tak mengiau kuat 
- Baby bertambah sihat
- Baby n Kimberly dah jadi geng tapi kadang-kadang bermusuh jugak theyolls ni.

KEBURUKAN
- Berat Baby bertambah
- Kimberly tak ada partner mengawan
- Our family tak ada kittens yg comel-comel sobsss





3 comments:

Jia Rizaira said...

Kena sunat ker? Sian dia. Tp utk kebaikan dia jugak kan.

Singgah dan follow blog awak.

http://mindakabur.blogspot.com/2014/03/bb1m-yang-terakhir-untukku.html

zulhilmi tempoyak said...

kena buat utk kucing eden jugak ni.. tp mcm kesian.. huhuhu

zulhilmi tempoyak said...

kena buat utk kucing eden jugak ni.. tp mcm kesian.. huhuhu

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com