Saturday, August 16, 2014

Chipsmore Kembali Lagi!

Woaaaahhhhh rindunya dengan blog capukku ini! Before that, nak minta maaf awal awal ya kalau entri comeback ni agak merapu. Al maklumlah, agak lama meninggalkan dunia penulisan blog ceh ayat penulisan blog tatahan khenn...jadi mungkin ada cara penggunaan dari segi tatabahasa, peribahasa, simpulan bahasa, kata kerja saya agak berterabur macam budak darjah 1 nak belajar bina ayat cantik cantik agar cikgu BM baik hati nak kasi 5 bintang, LOL.

Seriously tersangat rindu nak update blog tapi apakan daya apabila usia makin bertambah maka ketandusan segala idea pun bercambahcambah. Haa kau berpantun pulek aku nih, eh tapi aku perasan lately aku memang suka berpantunlah! Tidak tahulah kenapa, oh ya ya sebab penambahan usia. Kalau perasan yg suka berpantun2 bila ada majlis ni pocik2 mocik2 kan, so kemungkinan besar ini merupakan salah satu tanda ke arah penveterenan? Nampak tak? Dia da start merapuuu xD

BTW memandangkan we still in Raya month, rasanya tak terlalu awal dan tidaklah pula terlalu lambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua.  Saja tujukan kepada semua sebab kalau tujukan special grup mcm grup para readers n para haters macam ada makna sangat kan, macam diva sangattt! Yela, kau bayangkan dah berabad aku tinggalkan blog ni masih adakah lagi pembaca setia? Semua dah dok lari pi jadi pembaca blog yg lagi fresh n lagi best intonasi ayat entri mereka, sentap kita taw! Tak payah nak sentap sangatla kan, senang citer dari blog ni ditubuhkan ada ke pembaca? Haa tu yg patut kau tekankan dari awal kat situ Syazaa...k fine sentap dengan penulisan sendiri sebab sesuka hati memerli diri sendiri, xD

Tak kisahlah blog ni ada orang baca ke tak yg penting misi kena accomplish iaitu senantiasa bertarikhkan tahun 2014. Haa curlass, so takdelah bila kua kat gugel macam ibarat blog yg usang mcm seram2 gitu nak masuk..LOL. Okaylah rasanya macam dah tak best je aku nak merapu syok sendiri sensorang, lebihbaik tepek gambo raya sekeping dua buat tatapan sekaligus memenuhkan entri dari aku meraban tak tentu pasal kang jauh plk tersasar ;p







Err ini bukan sekeping dua nih..maafkan saya, kata comebackkk...kasila chan sikitttt..LOL

Selamat Hari Raya:)
adios!







3 comments:

Zayani Zulkiffli said...

Selamat hari raya.
Kite raya pakai glitter shawl jugak :D

Jemput singgah :)
http://nurulzayani.blogspot.com/

Nadya Bubble said...

Cantiknya awak :D
Salam aidilfitri.

MH MY said...

Salam. tersesat ke blog awak. anyway selamat berkenalan :). feel free to visit my site pulak.

Rezeki komisyen program affiliate terbaru buat blogger :)

http://untuqsemua.blogspot.com/2014/08/komisyen-ke-2-dari-advertorialmy.html

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com