Monday, December 8, 2014

Sisters.

Okay sebelum mula cerita seperti tajuk di atas aku rasa patutlah aku ngaku satu benda aku frankly memang tak reti nak mulakan ayat pembuka kata macam mana dan aku selalu ada perasaan sedikit iri hati lagi dengki lagi jeles dengan rakan-rakan blogger di luar sana sebab ayat pembuka karangan dorang mesti best gila nak gempak-gempak gitu tapi memang gempak pun..LOL! 

Okay basically, mana yang tahu aku ada seorang adik perempuan Mia yg sekarang dah besar pun hah dulu masa aku taip entri pasal dia kecik-kecik je lagi kan sekarang dah besar dah, 19 tahun dah cuma tak ada boyfriend je lagi. Tapi bagus jugak sebab aku memang tidak menggalakkan dia ada boyfriend pada usia mentah macam ni bazir karen je weh bukan boleh bawak kawen pun kalau bakal boyfriend dia tu beria-ia nak dia. Ceh aku ni pandai pula nak jadi life control adik sedangkan dulu masa 19 tahun bersepah skandal. Tak-tak okay tipu sebenarnya aku tak ada skandal pun, orang je nak jadi skandal aku tapi terpaksa aku tolak sebab aku nak fokus pada pelajaran. Kahkah statement!


Frankly, kitorang jadi rapat sejak masing-masing mula nak membesar. Bila masing-masing dah boleh pakai dan pinjam baju dan barang antara satu sama lain evennnn masa tu aku masih belum boleh muat pakai baju dia sebab aku kan gemmsss =.= Bila memasing dah start rapat, masa itulah masing-masing terfikir kenapa kitorang tak start rapat dari kecik? Tapi itulah, kalau difikirkan semula dikaji ditambah ditolak didarab dan dibahagi macam mana si Mia tu nak rapat dengan aku kalau aku ni dari dia kecil aku dah menunjukkan aku ni si pembuli tegar? Wahaha. Sebenarnya tidak baik ya wahai adik-adik sekalian patut menunjukkan contoh yg baik pada adik-adik dari kecil.


Bila masing-masing dah besar dan start rapat keluar dengan mama pun dah macam keluar dengan kawan-kawan. Cerita pasal personal pun tak ada nak sorok-sorok dah, kalau dalam kereta tu dari perjalanan 70km pun tak bosan sebab masing-masing sibuk bercerita itu ini. Jadi aku rasa bila dah besar ni, persepsi lagi best ada abang dah bertukar sebab lagi best kalau ada adik..miehehee.



Disebabkan Mia masih lagi belajar di UiTM Lendu dalam jurusan Akaun, jadi masa yang ada agak terbatas bagi kitorang. Dan selalunya kitorang akan spent time masa sama-sama bila ada masa walaupun sekejap je, One more thing best keluar dengan Mia ni satu dia akan willing jadi tukang tangkap gambar untuk aku walaupun sometimes agak nampak begitu terpaksa di celah-celah pori wajah dia. Tapi dalam terpaksa pun dia pasti akan tangkap cecantik jugak. So kalau kau perasan gambar-gambar dalam Instagram tu, semua tu dicapture by Mia la. Dialah pengkritik kalau aku pose tak cantik ke tak comel ke macam harremmm ke, memula tu agak sebel jugaklah tapi lama-lama aku sendiri faham kenapa dia kritik aku macam tu untuk kebaikan aku kebaikan akaun Instagram aku jugak, LOL! Actually aku tak nampak pun apa kebaikannnya tapi sebab nak kasi perenggan entri ni penuh maka tokok tambah ayat agak diperlukan sangat.


BTW even dia ni memerangkap adik aku tapi dari segi kematangan dia memang dah aku anggap macam kakak aku sendiri. Yes, dia sangat matang okay kadangkala terasa aku ni seperti adik dia pulak memandangkan kematangan aku belum sampai lagi meskipun umur sudah menginjak ke 24 tahun, miahaha. She's very good dalam memilih calon suami aku. Could u imagine dia boleh pertikai dengan siapa aku berkawan sebelum orang tu menjadi bakal suami aku. Kalau bagi kat mama dan babah dorang memang ON je asalkan aku cepat kawen tapi bagi dia non hado ek eh! Kena tapis selagi boleh tapis dan selalunya yang dia ada instict bad itulah yang tak jadi. Nasib baik yang tunang aku ni dia cukup kenan tak ada banyak songeh kalau tak aku rasa sampai sekarang aku belum bertunang xD


She will be my best sister, bestfriend, best roomate sampai bila-bila even tahun depan in shaa Allah aku akan menjadi isteri orang dan bakal meninggalkan dia dan katil yang selama ini kami kongsi bersama. Huuu dah kenapa ending sedih sangat ni.


adios!




LIKE jika suka entry ini, TQ :)









2 comments:

Amanda Suria said...

seronok ada teman sebilik adik beradik rapat macm tu kan....next akak sure rasa yang sama bila anak dara akak dah besar..

BellaNadzri said...

Sweetnya akak! Rindu pulak kat kakak kita :')

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com